Selasa, 1 Mei 2007

Pengenalan

Boleh ke pokok anggur hidup di Malaysia??? Soalan ni sering ditanya kepada kami.   Kalau dulu memang kita tak percaya sebab semua menyangka anggur hidup di negara bermusim.   Namun sekarang, telah terbukti bukan setakat pokoknya yang boleh hidup subur, malah pepohonnya boleh mengeluarkan gugusan buah anggur yang setanding dengan anggur luar negara.
Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Selepas 14 hari pemangkasan,  pepohon anggur insyallah akan mengeluarkan bunga. Dari bunga selama 120 hari buahnya boleh dipetik. 
Gambar-gambar anggur Isabella
IMG_0747
         Hijau masa muda
IMG_0800
               Separuh masak
196
Hitam bila masak
Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia . Ramai yang sudah mula meminati pada tanaman anggur ini.  Ada yang menjadikannya sebagai tumbuhan hiasan di halaman rumah dan ada juga yang mengusahakan tanaman anggur ini secara ladang untuk pengeluaran buahnya.
Antara  benih-benih anggur yang boleh didapati di Malaysia  ialah  Isabela, White Malaga (hijau), IAC (Hijau) , Muscat Humburg (hitam), Black Opal (Hitam), Alfonso Lavalle (Bali - hitam) dan anggur China (hijau)
anggur tmnu2 anggur taman u1
Anggur China
Laman Anggur 16.7.2011 005 [Laman%2520Anggur%252016.7.2011%2520004%255B2%255D.jpg]
Anggur IAC
Kami di Laman Anggur Bukit Mahkota turut menghasilkan  benih-benih anggur dari jenis Isabella, IAC , Muscat Humburg,  Alfonso Lavalle (Benih asal diambil sendiri dari Bali) dan anggur china.
[IMAG0871%255B3%255D.jpg]
198 199
Benih-benih anggur di Laman Anggur Bukit Mahkota
Lokasi kami:
Map picture
Sekiranya berminat mendapatkan benih-benih anggur sila maklumkan melalui email http//myzaj12967@gmail.com  atau sms ke no 013-3806693 atau datang sendiri ke kediaman kami di No 40, Jalan BM 6/5D, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan