Memaparkan catatan dengan label Fig(Permasalahan). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fig(Permasalahan). Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2015

KARAT DAUN

MASALAH BIASA POKOK FIG 

Apa yg perlu dibuat
1. Penjagaan awal mengelak n mengurangkan karat daun
2. Mengawal karat daun dari merebak ke daun lain pokok yg sama atau daun pokok yg lain

Bagaimana cara atasi?
1. Memberi ketahanan daun dan mengurangkan karat daun - penggunaan semburan oligochitosan dan nutrikelp
2. Mengawal dgn mengeringkan/mematikan spora berdebu bawah daun - penggunaan semburan kocide selang 5 hari dan utk serangan karat daun yg teruk.. semburan 2 hari berturut2

Perlukah daun kena karat dibuang?
1. Daun yg masih produktif yg masih byk kehijauan tidak perlu dibuang
2. Buang hanya daun yg teruk kering dan hijau yg sedikit dan daun yg buah ditepinya telah dipetik

Peringatan
1. Petik buah terlebih dahulu sebelum semburan
2. Penggunaan kocide tidak dicampurkan dgn racun lain kecuali yg pasti tidak ada tindak balas


Semoga ada sedikit manfaat dan dpt membantu

NOTA:
Terima kasih pada Tuan Marzuki Shafiee pemilik Fig Fertigation Malaysia atas perkongsian.

Isnin, 16 November 2015

Tauro Fig kecil2 sudah bermata ketam.



Cutting Tauro dari Italy umur dua bulan lebih dari ditanam. Mula bermata ketam. Walaupun kita menanam pokok mengharapkan buah namun jika pokok sebesar ini yg belum tahu nasib diri mampu hidup atau tidak, untuk lebih selamat kita buang dulu buahnya. Biar bekorban dulu dari terkorban kemudian. Sekadar berkongsi pengalaman

Ahad, 15 November 2015

NEMATOD


Kebiasaannya kami berkongsi kegembiraan dengan kemeriahan buah dan kesegaran tumbuhan tin di kebun dan keliling rumah. Sesekali jom kita berkongsi kedukaan. Ini SALAH SATU  cabaran yg dilalui oleh peminat2 tanaman tin ni serangan namatode. Walau bagaimana pun kita perlu redho dengan ketentuanNya. Yg menghidup dan mematikan bukan kerja kita. Sekadar berkongsi yo. Patutlah ibarat hidup segan mati tak mahu...Oh BNR ku.... ropenya diserang nematod. Sedang menjalani rawatan. Mudah2an ada sinar kehidupan... aamiinn.

Ini antara persoalan yang sering timbul. Apa itu namatode? Bagaimana tanda-tanda  awal serangan nametode?Bagaimana mencegahnya? Bagaimana merawatnya?

Jom kita ungkaikan satu-satu persoalan tersebut.

Apa itu nametode? dan Bagaimana tanda-tanda serangan?

Nematode merupakan sejenis parasit atau perosak yang berada di dalam akar tumbuhan dan mengganggu pertumbuhan tanaman.  Kesannya adalah akar tumbuhan akan membengkak sehingga menjadi seperti bola kecil yang tumbuh mengikut akar.  Apabila akar telah bengkak dan rosak, maka tumbuhan yang ditanam akan menjadi lemah, senang layu, tumbesaran terbantut dan nampak tidak segar. Bagi kes serius boleh menyebabkan kematian pada pokok tumbuhan. Jangkitan adalah melalui tanah. Ramai petani tidak mengetahui tanda-tanda serangan nematod pada peringkat awal.

Bagaimana mencegah atau mengawalnya?


Risiko serangan nematod boleh dikurangkan  dengan pemilihan bahan tanaman yang sesuai, mengelakan mengambil tanah atau benih dari kawasan yang telah diserang dan juga melaksanakan kawalan secara bersepadu.Penyakit ini in sha Allah boleh dikawal dengan pelbagai cara .  Ada kawalan secara organik dan juga secara kimia.

Kawalan kimia, senang sahaja pergi kedai beli racun nematode dan guna aturan mengikut dosage pada botol.
Di sini kami berkongsi maklumat mengenai beberapa jenis racun nematod yang ada di Malaysia.

Di Malaysia terdapat 4 jenis racun nematod yang di luluskan oleh LPRMP iaitu:
a. dazomet
b. fenamiphos
c. carbofuran
d. cadusafos

DAZOMET
Racun nematod yang mempunyai bahan aktif dazomet bertindak dengan penguraian kepada methyl isotiosanat dengan cara tindakaan yang tidak diketahui. Racun ini berkesan digunakan untuk mengawal nematod. Dipasaran racun jenis ini dijual dengan nama dagangan BASAMID GRANULAR.
                                                                                                                                                   
         
FENAMIPHOS
Racun yang mengandungi bahan aktif fenamiphos ini adalah dari kumpulan organophosphate yang bertindak dengan cara sistemik dan juga sentuhan. Cara tindakannya melalui penghalang ‘cholintrase’ yang bertindakbalas. Racun ini digunakan untuk kawal nematod dipelbagai peringkt. Antara nama dagangan racun ini dipasaran seperti LANCER 10G, NEMACIDE 10G dan NEMACUR 10% GR. 

 
Antara racun kimia yang boleh digunakan



CARBOFURAN

Jenis racun nematod ini mengandungi bahan aktif carbofuran yang bertindak dengan penghalang ‘cholinesterase’ pada cacing nematod. Racun ini adalah jenis sistemik dan berbentuk buriran atau lain-lain bentuk . Antara nama-nama dagangan racun jenis ini adalah seperti CARFURAN 3G, CHA FURAN, FURADAN 3G, POFER 3G, SERBACO G33, SYSTEMIS 3G.




CANDUSAFOS

Jenis racun ini mengandungi bahan aktif kumpulan organophosphate yan juga bertindak sebagai penghalang ‘cholinetrase’ pada mangsa.Bentuk dipasaran adalah dalam bentuk butiran (granule). Racun ini jenis memusnahkan secara sistemik dan nama dagangan adalah APACHE 10G.



 Cara mengguna racun nematod perlu mengikuti kaedah yang betul. Baca label pada kotak racun nematod yang dibeli dan patuhi arahan iaitu penggunaan mengikut kadar dan masa yang tepat. Patuhi arahan Post Harvest Interval (PHI) dengan betul kerana kesan sisa baki racun sistemik adalah agak lambat. 

Kawalan secara organik

Taburkan baja kulit udang sebulan sekali atau siram oligochitosan seminggu sekali sebagai langkah pencegahan.



Semoga perkongsian ini dapat memberi menafaat kepada semua.

Sumber rujukan:

My Agri Log
Anim Hosnam Website












Jumaat, 26 Disember 2014

SINDROM MABUK DAUN

MAKLUMAT YANG HARUS DIKONGSI daripada page FIG MALAYSIA !! Ini adalah beberapa varitas yg dikenalpasti mengalami sindrom mabuk daun ini adalah di sebabkan elemen Nitrogen yg diserap olih pokok berlebihan,tiap varitas mempunyai budaya pengambilan pembajaan yg berlainan biasanya varitas varitas in tidak memerlukan pembajaan N yg banyak,kalau ini tidak di kawal ia akan menjadi besar gemuk tetapi tidak menghasilkan buah yg lumayan,tetapi harus di ingatkan tidak semua varitas mempunyai tabi'aat begini,kita yg perlu mengenalpasti dulu varitas ini.




Gambar dari Kebun Dato Syed Elias

SINDROM TERENCAT AKAR

PERKONGSIAN INFO dari page FIG MALAYSIA ini adalah beberapa pohon yg dikenalpasti mengalami sindrom TERENCAT AKAR,pohon ini mengalami pertumbuhan yg perlahan,tidak gemuk( vegatatif) tidak sihat berbanding pokok yg ditanam sewaktu dan setempat dengannya,sebab kajian didalam rumah perlindung hujan ini setiap pokok dibekalkan dengan sistem fertigasi iaitu 'Dripping Mode' yg sekata dimana sukatan air dan pembajaannya sama rata.Masaalah yg dihadapi olih pokok ini adalah kerana gangguan atau kerosakan akar yg menyebabkan ia tidak mampu mengambil atau menyerap baja secara berkesan.
Punca yg dikenalpasti;

  • Penyebaran air atau baja tidak menyeluruh (water point) harus di ubah ubah mengikut kesesuaian pembahagian sebarannya
  • Semasa pembancuhan medium tanah dibuat ada pembajaan awal dibuat dalam campuran medium mungkin tidak rata dan baja akan terkumpul di satu tempat,apabila penjirusan pun tidak rata maka ia tidak larut(dilute) dan (concentrated), apabila akar baru menjalar kekawasan in ia akan terperangkap di tempat baja 'clog' lalu akar baru itu akan mengalami (Tip burning) iaitu hujung ajar itu terbakar
  • Element kulat dan fungus dalam tanah menyerang akar
  • Semasa pemindahan anak benih dari polybag ke tanah mungkin akar cedera atau putus lalu infeksi fungus menyerang
  • Kemasaman tanah turut menjadi punca ini ,adalah lebih baik semasa membuat campuran medium campur sedikit kapur untuk neutralasasi tanah




Gambar dari kebun Dato Syed Elias.