Medium tanah campuran:
- 50% pasir
- 50% tanah campuran (Top Soil + Kompos dan Sekam padi bakar)
Keratan tut
Kerat sebahagian daun
Selepas dikerat daun
Buka tali pengikat dengan berhati-hati
Gunting bahagian tengah plastik dengan berhati-hati

Picit bucu dua2 bahagian plastik dengan berhati-hati bagi melonggarkannya
Leraikan plastik
Sedia ditanam
Sediakan pasu atau polibag dengan sedikit tanah campuran bahagian dasar.
Letakkan benih tut bahagian tengah pasu atau polibag kemudian masukkan tanah campuran
Terus siram dan letakkan di tempat teduh dalam masa 1 minggu atau hingga pucuk baru mula keluar baru di alihkan ke tempat panas secara perlahan-lahan.
Dalam masa satu bulan atau dua bulan pokok-pokok semaian tut ini boleh dipindahkan ke atas tanah atau pasu yang lebih besar.
Semoga berjaya tanaman tin anda. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.Maaf jika ada sebarang kesilapan.
Terima kasih.










