Asalamualaikum. Apa khabar semua. Anggur??? Macam mana boleh bermulanya Laman Anggur Bukit Mahkota nie ye....Sebenarnya kami ni suami isteri ni menjadikan tanaman anggur nie sebagai hobi saja kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Tapi kerana minat sangat dengan pokok-pokok tak kiralah pokok ape sama ada buah-buahan ataupun pokok-pokok bunga.,termasuklah pokok anggur dan beberapa pokok lain seperti epal dan kiwi. Rumah kami pun macam hutan dah ni. penuh dengan berbagai-bagai jenis anggur yang kami perolehi sendiri dari Indonesia, Thailand dan ada juga yang kami kirim daripada kawan-kawan yang pergi ke luar negara.
Minat kami nie bermula dari menyertai Laman 2004. Kebetulan suami saya berkenalan dengan seorang boleh dikatakan Sifu Anggur iaitu Dr. Wahab Arbain di Klang, Selangor. Beliaulah yang mempelawa kami menyertai Ekspo Laman 2004. Kami telah membawa beberapa pepohon anggur yang telah berbuah ke Laman tersebut. Bermula dari situ kami bersama-sama beberapa orang kawan telah menyewa sebuah rumah teres lot tepi untuk Laman Anggur Tropika, di Petaling Jaya.
Benih-benih anggur kami perolehi dari Thailand. Beribu-ribu benih anggur telah dibawa dan disemai di Laman Anggur Tropika nie...Oleh kerana kesibukan kerja dan pengurusan yang kurang sempurna, beribu-ribu benih pokok anggur nie habis rosak. Laman Anggur Tropika kini tinggal kenangan sahajalah......
Kemudian kami beralih ke kampung Ramuan China Besar, Melaka. Kami membuka nursery kecil di sana, dengan harapan peminat-peminat anggur dari selatan Semenanjung mudah mendapatkan benih-benih anggur dari Melaka. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kami akan pulang ke kampung menguruskan nursery anggur dan juga ke kebun. Ada juga cadangan membuka ladang anggur di kampung dan pernah menanam sedikit untuk percubaan. Malangnya tidak sesuai kerana daun-daunnya habis rosak dimakan ulat. Oleh yang demikian kami hanya menanam beberapa batang pokok anggur berhampiran dengan rumah di kampung supaya mudah diuruskan dan untuk tujuan penghasilan benih.
Sebelum nie kami tinggal di Taman Universiti, Seri Kembangan, Selangor. Rumah kami teres lot tepi. Selain dari pokok-pokok buah-buahan dan pokok-pokok bunga, pokok-pokok anggur disekeliling rumah kami hingga ke tepi-tepi jalan luar rumah. Suami cadangkan kami mencari rumah lain yang agak selesa sedikit.
Bagaimana Laman Anggur Bukit Mahkota bermula?
Pada tahun 2006, belum habis pantang (anak bongsu) abang telah membawa kami ke Bukit Mahkota. Saja-saja tinjau rumah contoh....menurut jurujualnya rumah banglo tinggal 2 sahaja di sek. 6 nie, satu lot tengah dan satu lagi tepi dan luaslah juga kawasannya. Harga yang tengah tu RM 370 ribu dan yang lagi satu tu hampir mencecah RM 500 ribu. Seram gak harganye tu..tak apalah mungkin tak de rezeki lagi nak duduk rumah banglo...kami pun beredar.
Hati dah berkenan, tapi kalau ada lot tepi yang murah sikit rasa nak juga. Kami pergi lagi, menurut juru jual tu ada sebuah rumah lot tepi ada orang tak jadi ambil dan katanya dah ada orang tengok dan berkenan tapi belum booking lagi. Memang rezeki kamilah tu....dan-dan tu juga kami terus booking...alhamdulillah....
Maka bermulalah Laman Anggur di Bukit Mahkota.
Proses perpindahan pun bermula...Pokok anggur kami botakkan dan terus angkut ke Bandar Bukit Mahkota (BBM). Sebahagiannya kami berikan pada kekawan peminat anggur. Belum sempat duduk rumah pokok-pokok kami yang baru dipotong dah berbuah semula. Peminat-peminat anggur masih cari kami di BBM ada yang sanggup membeli pokok-pokok yang besar dah berbuah tu sekali. Sebenarnya sayang nak jual sebab nak jadikan baka untuk tanam semula di BBM. Saja letak harga mahal, rupanya mereka nak juga....suka hatilah sampai bawa lori nak beli beberapa batang pokok yang besar-besar tu....Abang kata tak apalah nanti kita boleh tanam semula.
Kami menyewa sementara di Seksyen 2 BBM sementara menunggu rumah kami siap diubah suai. Kami mula pindah rumah Mei 2007. Halaman kami hanya pokok-pokok bunga dan bebrapa batang pokok anggur. Semua pargola di Laman Anggur Tropika sudah dicabut dan lama terbengkalai. Rupanyapun sudah buruk dan berkulat. Kami membuat keputusan untuk membawa pargola2 tu ke BBM nie dan dari situlah bermulanya Laman Anggur Bukit Mahkota.
Syukur Alhamdulillah……….Kalau minat nak tanam anggur jomlah tinjau-tinjau laman kami…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan