Memaparkan catatan dengan label FIG: PRODUK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FIG: PRODUK. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2015

MEMBUAT JEM BUAH TIN








Bahan:

1 mangkuk buah tin segar (dihiris dengan kulit)
1/2 mangkuk gula pasir
1 biji lemon ( parut kulit dan ambil jus)
Sedikit air kosong




Cara:

  1. Masukkan semangkuk buah tin segar dalam periuk atau kuali.
  2. Masak di atas api perlahan dengan sedikit air kosong.
  3. Masukkan parutan lemon dan kacau sehingga likat.
  4. Masukkan gula dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan jus lemon.
  6. Kacau supaya tidak berkerak atau hangus.
  7. Sejukkan dan dibotolkan. Simpan di dalam peti sejuk.









Jika berminat untuk membeli jem buah tin @ membeli benih pokok tin boleh pm PAGE Amanda Putri's Garden atau  pm no berikut: 019234410 /0133806993.

Sabtu, 5 Disember 2015

TEH DAUN TIN PERISA PUDINA

Hanya daun-daun sihat dipilih untuk menghasilkan teh daun tin ni. Memastikan daun-daun yang diguna  tiada semburan racun dan sihat.





Terasa segar bila teh daun tin ini dicampur sedikit daun pudina...

Selamat mencuba.

 Harga sebekas teh daun tin RM 16 sahaja.
Tambahan RM 6 untuk pos Semenanjung dan rm 10 untuk pos Sabah Sarawak. 

Jika berminat dengan teh daun teh ini boleh berhubung terus dengan saya 0133806993 dan suami saya 0192344100.

BUAH TIN PANGGANG


Bila bermain dengan benda-benda hidup ni kekadang kita tempuhi bermacam-macam ragam. Ragam manusia dah tentulahkan..ini ragam pokok. Seperti biasa pagi-pagi kami dah meninjau sekeliling rumah memerhati sepokok2, pokok2 kami. Ada yang subur, ada yang tak mau naik, ada yang sedang cantik tetiba diserang stem borer... Lagi sedih bila ulat pengorek ni mengorek bahagian pangkal pokok. Untuk meracun serngga tersebut, maka perlulah buah-buah muda dipeti sekali...

Apa nak dibuat dengan buah-buah muda dan ada yang hampir masak ni? Selain kita buat halwa atau  "fico Sciropatti"...jom try panggang or salai.


Dihiris dan disusun di dalam loyang
Disusun di dalam loyang pembakar.
m

Sedang panggang dalam oven. Terkeluar manisannya....


ni antara fig panggang yang terselamat.... rasa ala-ala pisang salai.
 Manis nya keluar yumyumm  sedap.


Yummmmyummm sedap sangat.


Jumaat, 20 Februari 2015

Teh Daun Fig

Cara mebuat teh daun Fig:

Berbagai2 cara boleh diikuti untuk membuat teh daun fig. Di bawah merupakan salah satu cara yg kami lakukan.....
  1. Pilih daun segar yg bebas dari penyakit.
  2. Cuci bersih dan toskan.
  3. Lap kering dengan tisu bersih.
  4. Susun di dalam loyang. 
  5. Bakar dlm oven dgn suhu rendah hingga nampak garing tapi masih kekal warna hijaunya. 
  6. Keluar dan biarkan sebentar.
  7. Ramas guna tangan sahaja hingga hancur. Buang urat-urat yang kasar.
  8. Inilah hasil nya. 
  9. Simpan di dalam bekas  dan terus boleh digunakan. Selamat mencuba.
Teh daun Fig:
  1. Ambil setengah sudu teh serbuk teh daun fig.
  2. Tambah 1 jug kecil air mendidih.
  3. Biarkan selama 15 minit.
  4. Sedia untuk diminum begitu sahaja atau ditambah sedikit madu.


Apa khasiat teh daun fig ni ya? Ramai yang tertanya2.. 
Antara Khasiat Daun Tin atau Daun Fig ialah :-
  1. Mengawal tekanan darah tinggi & jantung
  2. Mengandung serat tinggi
  3. Mengurangi sesak nafas
  4. Mengawal kadar gula dalam darah
  5. Sebagai pelancar membuang hajat besar
  6. Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol
  7. Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi
  8. Mencegah cancer dan usus besar
  9. Mengandung anti oksida
  10. Memperlambatkan proses penyerapan glukosa di usus kecil
  11. Membersihkan hati & limpaMengatasi masalah berat badan
  12. Terapi diabetes.

Antara kandungan di dalam daun Tin ini ialah :-
  • Carbohydrates
  • Flavonoid
  • Glycosides
  • Cumarines
  • Fix Oils
  • Proteins
  • Amino Acids
  • Steroids Sterols
  • Triterpenoids
Sumber:  Khasiat dan kandungan http://drfiggarden.com/1001-khasiat-daun-fig-atau-daun-tin/

Khasiat berdasarkan pengalaman sendiri:

Pernah beri minum kepada rakan yang sakit sendi dan sengal-sengal badan hingga sukar melakukan kerja-kerja harian. Minta beliau amalkan meminum air rendaman daun fig segar selama seminggu, Alhamdulillah beliau berpuas hati rasa sengal-sengal badan hilang. Tapi apa pun semua atas kehendak Allah jua. 

Cara membuat teh daun fig segar:


  • Petik daun segar biasanya helian ke lima dari pucuknya.
  • Potong-potong dan cuci bersih.
  • Masak air dengan daun pandan.
  • Bila air mendidih tutup api dan rendam daun tersebut selama 15 min.
  • Boleh terus di minum atau ditambah sedikit madu. 
Selamat mencuba.