Memaparkan catatan dengan label Hasil Dari Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hasil Dari Kebun. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2012

PISANG SULUNG


Asalamualaikum pagi tadi pi kenduri kahwin di Muar rumah kawan abang.  Perjalanan balik singgahlah ke kampung suami di Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah , Melaka.   Biasalah en abang ni kalau balik kampung mesti terjah masuk kebunnya.  Nak tengok kebun kami ke? Tak sesuai langsung pakaian kami nie he he he maklumlah baru balik dari kenduri kahwin.



Sebenarnya pisang ni pisang sulung kebun pisang kami.  He he he...setandan je baru masak ha ha ha tapi syok sangat nak bergambar dengan pisang yang sangat sedap nie



Ayaaaa taukeh kebun nie pun mau bergambarlah....



Hisssss tengok tu bujang ni pun nak bergambar dengan pisang setandan nie......

Pisang ni tak tahan lama kena ngap segera.  Simpan sikit untuk tetamu kami  dari Perak.



Ini bukan sekadar hiasan meja ye...ini untuk di ngap he he he............





Ahad, 6 Mei 2012

KEBUN PISANG PAK HADIRAH

Asalamualikum.  Hari ni abang je terjah kebun.  Kak Mai ada urusan sendiri di rumah.  Tumpang tinjau melalui gambar-gambaar yang abang bawa balik nie.  Kalau teman-teman nak kongsi tengok kebun kami jomlah...









Alhamdulillah pisang sulung nie....tunggu masak... tak lama lagi bleh makan nie...








Alhamdulillah nangka pun dah mula mengeluarkan hasil.  Itulah ye..tak rugi berbudi kepada tanahkan.



Sabtu, 21 April 2012

Jom Cabut Ubi Kayu

Asalamualaikum.  Hari ni En Abang balik kampung sendiri sebab cam biasa kak Mai ada urusan sendiri. Macam biasalah En. Abang balik kampun mesti redah kebunnya.  Jom tengok...




Alamak.... makhluk asing apakah ini??????




Oooo En. Abang baru lepas mencabut ubi kayu rupanya. Cuba teka ubi kayu boleh buat ape?  Ye..kekawan semua memang pandai.... lepat ubi, bingka ubi, pengat ubi, ubi goreng, kerepek ubi, getok ubi dan bermacam-macam daripada ubikan.... paling malas pun layan je ubi rebus betul tak.....


Kalau ada kerajinan sikit boleh lah cuba buat bingka ubi...Bak kata anak tiru dalam kampung boy...mak buat bingkang ubi....


Kalau nak resipi bingka ubi kayu boleh klik sini.

Oklah ta ta dulu.......


Ahad, 7 Ogos 2011

Hasil bumi ALLAH

Buah-buahan tempatan 017Buah-buahan tempatan 011 Buah-buahan tempatan 012 Buah-buahan tempatan 013 Buah-buahan tempatan 014 Buah-buahan tempatan 015 Buah-buahan tempatan 016
Hari ni  Ahad 7 Ogos 2011, abang hantar mak balik kampung.  Kebetulan hendak menguruskan pekerja kebun di Air Keroh, Melaka. Banyak sungguh buah mangga di rumah lama mak di Air Molek, Melaka.  Jadi abang petiklah sedikit untuk dibawa pulang.Kemudian abang ke kampung Rampuan Cina Besar semula. Petang abang balik semula dengan membawa buah-buahan hasil dari kebun di kampung Ramuan Cina Besar, antaranya seguni pulasan, dragon fruit, dokong, durian dan buah rambutan.  Seronok melihat hasil dari bumi ALLAH ni.  Teramat bersyukur dengan rezeki kurniaan ALLAH ni…lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ni.