Alhamdulillah syukur pagi ni rezeki dapat memetik De La Reina yang masak di laman sendiri. Bolehlah dijadikan alas perut sementara mencari breakfast pagi .
Ruby Ann strawberry buah pertama menunjukkan rupa walaupun kurang cantik.
cak....
Sedapnya makan buah tin segar...Alhamdulillah.
Teruskan perjalanan ke Shah Alam. Singgah McD isi perut. Asal nak makan bubur tapi kecewa McD sini bubur pun tiada. Makanlah apa yang ada ni,
Sampai ke Anizam Resources, Shah Alam. Macam-macam jenis ayam ada di sini. Berwarna-warni cantik2 banyak juga jenis baka ayam yang menarik di sini. Anak itik pun ada. Tujuan kami ke sini hendak membeli anak-anak ayam kampung utuk dibela di kebun kami di Melaka.
Inilah anak-anak ayam kampung yang kami beli. Untuk permulaan sebanyak 150 ekor. Kami nak melihat ketahanan dan perkembangan ayam-ayam ni terlebih dahulu sebelum terus membela lebih banyak,
Sekarang dah pun sampai ke kebun Melaka. Anak-anak ayam hitam dah pun kami lepaskan. Untuk awal ni kami beri makan dedak halus.
Di kebun kami ada menanam bayam brazil. Bayam brazil kita bela untuk makanan ayam kami.
Alhamdulillah reban kami kurang lalat kerana kurang bau. Bagaimana boleh begitu??? Nak tahu Sbb reban kami disembur dengan EM ...
Masa main kejar-kejar ayam ni. Ini ayam kampung liar. Kami nak jadikan baka manalah tahu rezeki nak menetaskan anak-anak ayam sendiri pulakan.
Ini Jenny, penjaga kebun yang setia dengan tuannya ni. Manja dan gedik
Kunyit hitam di kebun. Sempat pok cik korek sikit nak tunjuk warnanya pada mok cik ni. Memang hitam. Menurut mr google, salah satu khasiatnya ialah untuk mencegah kanser. Cara penggunaanya mok cik sedang cari juga ni. Kebanyakkan dijadikan kapsul mungkin ada dicampur dengan ramuan lain. Tak berani juga nak cuba sebarangan hingga pasti ada cara yang betul untuk mengambilnya.
Di bawah ni pula kebun tin mok cik di dalam RPH 1. Pokok-pokok ada yang dah berumur 5 tahun sejak mula di tanam pada April 2014. Semua yang ada dalm di ditanam terus atas tanah. Setelah dibetulkan sistem penyiraman, pokok-pokok kelihatan sangat subur dan mengeluarkan banyak buah yang besar, Syukur ya Allah. dapatlah Mokcik makan untuk menambah kesihatan mok cik dengan izinNya...aamiin.
Mungkin musim panas, Pokok CDDN ni tersenyum lebar.
Di bawah ni RPH 3. Sebelum ni dipenuhi pokok-pokok strawberry. Mungkin disebabkan kurang pengurusan yang berterusan ( mok cik kurang sihat lebih kurang 2 bulan) maka pokok-pokok kurang cantik dan anak-anaknya yag sudah dibunjut kekeringan. Banyak anak-anak sulur yang mok cik buang. Sekarang sebahagiannya mok cik dah jual dgn harga yang murah sbb nak kosongkan tempat untuk pembiakkan anak pokok anggur dan juga pokok tin.
Sekarang mari kita tinjau pokok-pokok di dalam RPH 2. Semua pokok lama dah dikeluarkan kerana kurang produktif sbb dah tua. Alhamdulillah perkembangan pokok-pokok yang baru dipindah lebih kurang sebulan setengah menunjukkan perkembangan yang sangat baik.
Pokok-pokok ada yang mula keluarkan mata ketam.
Ketara kesuburannya. Kami menggunakan baja AB secara fertigasi .
Ini pula buah markisa di kebun. Buah dah puas makan. Di bawah markisa ni kami membela beberapa log kelulut. Alhamdulillah hasil kelulut di bawah ni sangat menggalakkan,
Penat bekerja kita angkut mak ayah sekali ke Pekan Masjid Tanah, pekena Cendol dan rojak kueh.
Alham dulillah lepas asar kami teruskan aktiviti di kebun. mok cik tinjau-tinjau kebun anggur. Alhamdulillah sepokok dua mula keluarkan bunga. Pokok masih muda lagi. Baru lebih kurang 5 bulan dari tanam.
Abam Sado dan Mr Iki di bantu oleh pok cik bertukang, Menyiapkan reban untuk masukkan anak-anak ayam lagi.
Mok cik pula pindah alik anak-anak semaian anggur ke dalam pasu besar dangan bertemankan Si Jenny. Selesai menanam budak ni larikan penyodok tanah yang mok cik guna tadi, Hurmmm lunyai dikerjakan, Tah mana dah disembunyikannya.
Alhamdulillah sebelum balik petik beberapa biji buah untuk bekalan mok cik nanti.
Aktiviti di sambung esok in sha Allah.