Anak semaian biji benih semai pada 15/12/2018 Skrg umur 42 hari dari semai
Pindah pasu besar sikit dan di siram firtigasi. Siraman manual setiap pagi guna TPF AB EC 0.5.
Memaparkan catatan dengan label Semaian π. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semaian π. Papar semua catatan
Ahad, 27 Januari 2019
π MOMOMI & ARIANA
Perkembangan semaian biji benih Momomi Dan Ariana.
Momomi umur 4 bulan lebih dari semaian biji dah pun bersulur anak
Ariana pun mula menunjukkan sulur anak sulungnya. Alhamdulillah.
Jumaat, 25 Januari 2019
Rabu, 26 Disember 2018
TOSCANA & RUBY ANN
Perkembangan semaian biji benih Toscana dan Ruby Ann
Selepas 9 hari semai(24/12/2018)
TOSCANA
Hari ke 9
(24/12/2018)
RUBY ANN
Hari ke 9
(24/12/2018)
TOSCANA
Hari ke 10
(25/12/2018)
RUBY ANN
Hari ke 10
(25/12/2018)
TOSCANA
Hari ke 11
(26/12/2018)
Tumbuh 2 daun saya dah cuba pindahkan ke pasu
Selepas 11 hari
Ambil satu-satu perlahan-lahan .
Saya guna belakang sudu plastik utk ambil baby strawberry yang baru tumbuh ni.
Siram hari-hari....selepas seminggu baru siram TPF (saya siram pagi dan petang)
Perkembangannya akan di maklumkan dari hari ke hari
Sekian
Sabtu, 15 Disember 2018
πTOSCANA & RUBY ANN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menyemai biji benih strawberry.
Langkah-langkah:
- Seeloknya simpan biji benih yang baru dibeli di dalam peti sejuk.
- Untuk semaian benih strawberri kali ni, oleh kerana terlalu seronok dapat biji benih tak sempat simpan peti saya dah buka dan rendam dlm air suam kuku selama 15 minit.
- Nampak ada benih yang timbul ada yang tenggelam. Jika ikut biji2 benih pokok2 lain yang biasa disemai, yg tenggelam tu lah akan tumbuh in sha allah.
- Sediakan bekas semaian. Saya gunakan campuran 1:1 peatmoss dan cocopeat.
- Saya lembapkan media(awal saya siram lencun dan toskan)
- Biji benih yang direndam disiram atas media.
- Pastikan kita label setiap jenis benih.
- Kemudian saya letak tempat panas tapi saya sungkup 3 hari macam dalam gambar.
- Perkembangan pertumbuhan kita akan lihat dari hari ke hari.
Rendam
Sediakan media
Curah benih atas media
Sungkup tiga hari kemudian biar terbuka
Khamis, 8 November 2018
MOMOMI & ARIANA
Perkembangan anak-anak strawberry semaian biji yg mula dipindahkan ke pasu sederhana besar.
Anak-anak semaian
Momomi
Tolak anak benih dari bawah pasu semaian guna belakang sudu plastik supaya mudah keluarkannya.
Ariana
Isnin, 24 September 2018
MOMOMI & ARIANA
24.9.2018 Anak benih mula pecah mata
MOMOMI
ARIANA
27.9.2018 Setelah berjemur seharian
Tunggu dan lihat perkembangannya dari hari ke hari...
Langgan:
Catatan (Atom)








































