Selasa, 19 Mac 2019

Aktiviti harianku




Hari ni en abang pergi kerja lambat. Pepagi mok cik dah sediakan jus bawang putih lemon dan kurma ajwa, sebelum breakfast pagi, Hari ni pok cik ajak minum di luar sambil along nak hantar cili di Dapur Melaka. Lepas tu nak hantar servis kereta sbb cuti nanti nak ke Terengganu.


 Lepas breakfast balik rumah sbm gi kerja pok cik lepaskan Mr & Mrs rabbbit.


Sampai dalam rumah mr rabbit ni masuk berehat, Sib baik mok cik cepat perasan sebelum menabur sana sini. Pantang pintu terbuka.


Hari ni mok cik berbuka sempoi-sempoi je. Teringin makan sambal belacan cili masak ni, Buatlah sikit,

 Sup ayam kampung untuk semua. Paling suka KK lahkan.



Menghabiskan sayaur-sayur yang berbaki dalam peti sejuk  sebelum masuk sayur-sayur baru yang mok cik tak tanamlah.

Tengahari singgah sekolah  hantar cili boh dan ayam kampung. Permintaan tinggi ada sampai tak cukup ni. Alhamdulillah rezeki abam sado kita.

Macam biasa balik rumah belek anak-anak asuhan ni. Ruby Ann yang rajin berbunga. Buah belum lagi. Sbb pokok pun masih baru lagi mok cik semai dari biji benih pada 15/12/2018. Perkembangan sangat menggalakkan. Alhamdulillah.




Buah sulung ni tak menjadi nampaknya. Mok cik buang dululah,


Nilah baki ayam kampung  yang dah ada pemiliknya.



 Florian baru dapat semalam, Hari ni dah nampak keluar bunga. Florian bunga pink. Warna semakin terang jika cukup matahari.



Sebelah petang dah redup...
Tengoklah mr rabbit ni semakin cergas. Habis dilanyaknya sayur mok cik.





 Mr Rabbit dah comot. Dapat tangkap sedang korek tanah dalam pasu sayur mok cik...

  Antara anak-anak pokok mok cik yang dlm proses penjagaan. Banyak jenis di kebun dah pupus sbb kurang penjagaan kerana mok cik kurang sihat. Sekarang dah ambil mana-mana yang masih bernyawa untuk diselamatkan dari kepupusan di laman makcik.





Budak-budak nakal dah dihukum masuk kandang semula. Serik mok cik nak lepaskan dah....


Alhamdulillah rezeki tepi rumah. Sambil menonton  mok cik makan buah nona yang dah masak bersama anak-anak.

Malam ada tetamu. Dah booking awal nak ambil ayam kg. Terima kasih kakak Salmah dari BSP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan