Rabu, 14 Disember 2011

Ladang Anggur Kak Siti Saloma

Ahad 11 Disember, 2011 bersamaan 16 Muharram 1433, dari Ipoh kami ke Lumut. Dalam perjalanan kami singgah ke Ladang Anggur milik Pn. Siti Saloma (kak CT).  Anggur IAC sedang berbuah lebat dan dah mula manis…itu tandanya hampir masaklah tu…..Jom kita pi tinjau ladang kak CT……
IMG_5372IMG_5373
Gambar kiri tu buah yang dipetik untuk kami rasa…..dah manis dah tu….sedap….Kak CT ni memang kenalan kami..lama dah kami kenal sebab sama-sama peminat pepohon anggur.  Tapi kak CT ni memang rajin begitu juga dengan suaminya En. Suhaimi, berkat ketekunannya inilah terhasil sebuah ladang anggur yang bukan setakat menghasilkan benih tapi juga menghasilkan buah anggur untuk dijual.  Jika teringin sangat makan buah-buah anggur di ladang Kak CT ni cuba datang bulan tiga nanti sebab sekarang pepohon anggurnya yang terdiri dari aneka jenis sedang berbunga dengan lebat.  Geram kami menyaksikannya….Tak percaya ke????Jom tengok gambar2 di bawah nie…..pasti teruja……
IMG_5374IMG_5377IMG_5381IMG_5383IMG_5384IMG_5387IMG_5389
IMG_5388
Bermacam-macam jenis anggur sedang berbunga lebat…..
IMG_5393IMG_5399
Bersama kak Siti Saloma (tudung hitam putih)
IMG_5397IMG_5400IMG_5401
Anggur sedang berbuah lebat..tunggu masa nak petik……
Kepada peminat-peminat anggur kalau menuju ke Lumut (tahun depan tahun melawat Lumut yer) singgahlah ladang kak Siti Saloma nie…pasti tidak mengecewakan….

4 ulasan:

  1. mcm mana nak ke ladang nih? ada dikenakan bayaran ke tak?

    BalasPadam
  2. Nizam tak dikenakan bayaran pun. Ladang tu letaknya di belakang Restoran Bakau ‘D’ Muara 2, batu 6 , Jalan Sitiawan ke Teluk Intan, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

    BalasPadam
  3. Mcm mane nk hubungi kak ct saloma ni

    BalasPadam
  4. assalam..bilakah bulan yg sesuai utk melawat ladang anggur ini

    BalasPadam