Sabtu, 8 Oktober 2011

Projek Dusun Warisan Amanda Putri

 

Sabtu 8.10.2011 Beginilah rupa Dusun Warisan Amanda Putri ni.  Hendak memulihkan semula kebun ni mengambil masa juga.  Oleh kerana pokok-pokok seperti durian, nangka dan sebagainya lambat membesar, kami mengambil kesempatan menanam pisang, jagung dan sedikit sayur-sayuran untuk mendapatkan hasil  segera.

 

IMAG0402IMAG0403IMAG0406IMAG0405IMAG0409IMAG0407IMAG0404IMG_3148IMG_3146IMG_3152IMG_3145

Inilah risiko yang kami tanggung.  Anak-anak pisang yang sedang tumbuh dengan subur telah diserang monyet.  Sebelum ni benih-benih nangka kami habis dimakan kambing. Namun alhamdulillah sudah subur semula.  Sekarang masalah kami ialah monyet yang terlalu banyak.

 

IMG_3147

Sebagai langkah keselamatan dan telah mendapat nasihat daripada kawan-kawan, kami bertekad untuk membela anjing bagi mengawal keselamatan kebun kami.  Jadi kami minta wak (penjaga kebun kami) menyediakan pondoknya dahulu.  Nasiblah ada kawan berjanji dan sudi ingin memberikan anak anjingnya pada kami. 

IMG_3149IMG_3150

Pokok nangka yang terdahulu kami tanam telah mengeluarkan buah. Alhamdulillah rezeki kurniaan ALLAH ini.

IMG_3153IMG_3154IMG_3155IMG_3156

Alhamdulillah, pokok-pokok nangka kami pun mula subur semula.

IMG_3158IMAG0401IMG_3160

Semoga projek Dusun Amanda Puteri ni berjaya.  Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan