Khamis, 27 September 2018

Peringkat awal pemindahan pokok tin.

Setelah anda mendapatkan anak pokok daripada Amanda Putri’s Garden, anak pokok tersebut perlu dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.

Sebaiknya dipastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polybeg, tanah pada benih tidak terburai agar akarnya tidak rosak.

Selepas pemindahan di buat sebaiknya ia siram air sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah adalah dalam keadaan baik (porous).

Jika air lambat keluar maka ia berkemungkinan medium tanah terlebih padat. Anda perlu menukar media tanaman jika mendapati ianya terlalu padat.

Anak benih perlu diletakkan di kawasan yang redup tetapi mendapat cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air hujan yang berterusan.

Pada peringkat awal penanaman, anak benih masih lemah atau tidak stabil dan memerlukan penjagaan yang rapi. Apabila anak pokok sudah stabil, penjagannya lebih mudah.

Media tanaman yang sesuai bagi pokok tin adalah tanah top soil, peatmoss, sekam padi bakar dengan nisbah campuran 2:1:1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan