Khamis, 27 September 2018

🌱 7 SIFAT MEDIA TERBAIK BAGI TANAMAN POKOK TIN 🌱


Antara sifat media yang terbaik untuk pertumbuhan pokok tin adalah seperti berikut πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»:

🌹 Media yang baik semestinya mempunyai saliran yang baik dan tidak akan menyebabkan air bertakung dalam jangkamasa yang lama.  Ini penting kerana pokok tin amat sensitif kepada kehadiran air yang berlebihan.  Air yang berlebihan boleh menyebabkan akar menjadi reput, dijangkiti penyakit dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pada pokok. Perkara ini sangat penting terutamanya bagi pokok tin yang ditanam di kawasan yang terbuka.

🌹 Berupaya memegang baik air dengan baik.  Air adalah komponen utama dalam biomass pokok termasuk pokok tin. Air diperlukan untuk proses pengambilan sumber nutrien dari media tanaman menerusi akar.  Media yang berupaya memegang air dengan baik akan mengurangkan kekerapan untuk memberi air kepada tanaman, terutama sekali dalam keadaan kering pada musim kemarau.

🌹 Mampu memegang nutrien tanaman (dari baja yang diberi) agar sentiasa tersedia untuk diambil oleh akar untuk kehidupan pokok berkenaan. Media seperti ini mengurangkan pembaziran nutrien yang boleh berlaku semasa penyiraman.

🌹Bebas daripada semua jenis patogen penyakit. Ini sangat penting kerana media mungkin penyebab utama dalam perabakan penyakit terutama sekali penyakit yang membiak dalam tanah (soil borne diseases) seperti penyakit-penyakit yang menyerang akar.

🌹 Bebas dari sumber yang boleh menyebabkan perebakan serangga perosak kepada tanaman.  Antara perosak yang terdapat dalam media tanaman dan memberi masalah kepada tanaman tin ialah cacing nematod.

🌹  Media yang baik juga seharusnya bebas dari semua jenis biji rumpai atau benih rumput.  Ini akan memastikan rumpai pada media tanaman dapat dikawal dengan baik.

🌹   Faktor kestabilan dalam jangka masa tertentu juga penting diambil kira. Media tanaman seharus stabil dalam jangka masa yang lama seperti bertukar sifat fizikal atau sifat kimia hasil dari proses pereputan bahan campuran media tersebut.

1 ulasan: