Khamis, 27 September 2018

Mengenali sifat asas pokok tin.

TANAMAN POKOK TIN (Ficus carica) merupakan satu jenis tanaman yang semakin diminati ramai terutamanya bagi penduduk di bandar kerana sifat pertumbuhannya yang pantas dan saiz pokoknya yang kecil.

Penanaman Pokok Tin tidaklah sesukar mana sekiranya kita sudah biasa menanam pokok di dalam pasu.

Cuma perlu tahu asas sifat pokok tin terlebih dahulu dan media yang kita akan gunakan untuk menanam pokok. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak.

Akar jenis inilah yang akan mengambil nutrien dihantar kedaun dan buah untuk pertumbuhan daun dan pembesaran pokok.

Dalam amalan agronomi bagi pertumbuhan yang baik, maka pokok tin memerlukan tanah yang ringan (light soils) dan mesti ia mempunyai saliran yang baik atau air tidaklah bertakung.

Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembap dan air tidak bertakung bila di siram (porous). Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya pada peringkat awal penanaman.

Jika pokok layu di sebabkan oleh kekurangan air, hanya perlu di siram pokok tersebut bagi memulihkannya dengan segera.

Jika pokok layu di sebabkan banyak air, akar pokok tin anda mungkin lemas akibat terlalu banyak air dan ia sukar untuk di pulihkan kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan