Pokok TIN di Malaysia

Buah tin adalah buah yang baroqah dan sangat berkhasiat.

Allah swt dalam Al-Quran bersumpah dengan nama buah tin : "Demi Buah Tin dan Zaitun" (Ayat pertama Surah At-Tin). Nama buah tin turut tersemat dalam satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi "Jika Aku mengatakan ada buah yang turun dari surga maka inilah buahnya(Tin)".


Umum mengetahui buah tin adalah buah yang subur disemenanjung arab dan juga di Turkey selaku pengeksport terbesar. Selain di Timur Tengah, buah tin juga sudah mula ditanam dan dikomersialkan dari Amerika Utara hinggalah ke negara Jepun.


Siapa sangka buah tin ini juga mampu hidup di Malaysia. Hari ini sudah ada beberapa pengusaha yang menanam dan mengkomersialkan buah ini di Malaysia.Thailand dan Indonesia antara negara jiran beriklim tropika yang lebih awal membuka langkah serupa.


Ikuti laporan khas "Buah Tin" oleh Majalah Islam yang telah disiarkan TVAlHijrah pada 25hb Jun 2014 yang lalu.
Ringkasan oleh http://www.GuaTv.com







Cara menanam keratan tut: 




Medium tanah campuran:
  • 50% pasir
  • 50% tanah campuran (Top Soil + Kompos + Sekam padi bakar + sedikit baja (baja kopi @ tahi ayam proses)



Keratan tut 

Kerat sebahagian daun 

Selepas dikerat daun


Buka tali pengikat dengan berhati-hati

Gunting bahagian tengah plastik dengan berhati-hati



Picit bucu dua2 bahagian plastik dengan berhati-hati  bagi melonggarkannya 

Leraikan plastik 

Sedia ditanam

Sediakan pasu atau polibag dengan sedikit tanah campuran bahagian dasar.


Letakkan benih tut bahagian tengah pasu atau polibag kemudian masukkan tanah campuran 


Terus siram dan letakkan di tempat teduh dalam masa 1 minggu atau hingga pucuk baru mula keluar baru di alihkan ke tempat panas secara perlahan-lahan.

Dalam masa satu bulan atau dua bulan pokok-pokok semaian tut ini boleh dipindahkan ke atas tanah atau pasu yang lebih besar.

Semoga berjaya tanaman tin anda. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan  yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.Maaf jika ada sebarang kesilapan.

 Terima kasih.


Perkembangan terkini Amanda Putri's Fig Garden boleh lihat di sini.



22 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Pokok ni boleh 100% kena cahaya matahari ke?

    BalasPadam
  2. mcm mana nak beli anak pokok kak..?

    BalasPadam
  3. saya di sg buloh berminat nak dptkan anak pokok tin ni .. cemana nak beli ye?

    BalasPadam
  4. Harga sebatang pokok tu berapa yer kak... Mak saya ni berminat nak tanam pokok ni

    BalasPadam
  5. klu la bleh pos saya nk jgk tanam ni

    BalasPadam
  6. Pn, macamana nk order set baja pokok tin

    BalasPadam
  7. Kami di Bangi.Kepada yang berminat untuk ke tempat kami boleh hubungi melalui whatsapp 0192344100 kami akan bagi add.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Assalam semua..sy br masuk group ni..saya nk tnya kit ada group wassap x..klu ada tlg add saya 01111320872

    BalasPadam
  10. pernah dengar pokok risa tak? atau ade orang panggil pokok tin ni pokok risa?

    BalasPadam
  11. terima kasih atas perkongsian tip-tip di atas.. teman baru nak mencuba-cuba

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, saya ingin bertanya , bagaimanakah saya boleh mendapatkan pokok buah tin ini? berakah harga bagi sebatang pokok buah tin ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. tuan boleh beli anak pokok/tut dari amanda putri garden ni..whatsapp/call/pm shj puan maizah jalil.. harga bergantung pd variasi antara rm50-xxxx

      sy pernah beli dr dia & pos.. overall ok & hidup segar pokok tin sy..

      byak lagi tempat/medium internet yg jual tin.. tuan boleh search di google@FB..

      Padam
  13. salam puan. maaf saya mencelah. ada sedikit kesilapan pada penyataan puan di perenggan atas.

    .... TURUT TERSEMAT DI DALAM HADIS RASULLULAH (SAW)... bukan swt.

    Terima kasih puan. salam.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah Terimakasih. Dah dibetulkan. Maaf lama tak buka blog baru perasan.

    BalasPadam
  15. Wsalam. Alhamdulillah sudah diperbetulkan. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Saya suka tanam pokok tin sebgai hobi, boleh ka beritahu saya dimana boleh saya dapatkan koleksi pokok tin yang disenaraikan.

    BalasPadam