Khamis, 27 September 2018

Bagaimana menghasilkan buah tin besar Dan manis

Bagaimana menghasilkan buah Tin yang besar dan manis.

Setiap penanam pokok buah tin pastinya ingin melihat dan merasai hasil buah tin dari pokok yang di tanam. Namun, ramai juga  peminat tanaman buah tin tidak dapat merasai buah tin seperti dalam gambar di atas.

Disini kami nak kongsikan bagaimana kami menghasilkan buah tin yang besar dan juga manis dengan mengambil kira faktor-faktor yang boleh kita kawal.

Sudah pastinya “makanan” yang diberikan kepada pokok menjadi punca utama dalam menghasilkan buah yang berkualiti. Sudah pastinya, makanan yang cukup membuahkan hasil yang lumayan.

Bagi kami di Amanda Putri Garden, baja AB adalah satu formula baja yang sgt lengkap dengan harga yang sgt berpatutan. Digalakkan untuk memberi baja AB pada setiap hari setiap pagi sebelum matahari tegak diatas kepala.

Hasilnya, pokok buah Tin akan sentiasa berbuah dan buahnya akan lebih besar.

Namun bagi yang menggunakan medium tanah, penggunaan baja AB akan merosakkan tanah.

Solusi untuk masalah ini, kami menggunakan baja bio-Organik TriFi yang akan meremajakan tanah. Baja Organik pula akan membuatkan buah tin menjadi lebih manis.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan