Sabtu, 15 Disember 2018

🍓TOSCANA & RUBY ANN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menyemai biji benih strawberry.  

Langkah-langkah:
  • Seeloknya simpan biji benih yang baru dibeli di dalam peti sejuk.
  • Untuk semaian benih strawberri kali ni, oleh kerana terlalu seronok dapat biji benih tak sempat simpan peti saya dah buka dan rendam dlm air suam kuku selama 15 minit.
  • Nampak ada benih yang timbul ada yang tenggelam. Jika ikut biji2 benih pokok2 lain yang biasa disemai, yg tenggelam tu lah akan tumbuh in sha allah.
  • Sediakan bekas semaian. Saya gunakan campuran 1:1 peatmoss dan cocopeat.
  • Saya lembapkan media(awal saya siram lencun dan toskan)
  • Biji benih yang direndam disiram atas media.
  • Pastikan kita label setiap jenis benih.
  • Kemudian saya letak tempat panas tapi saya sungkup 3 hari macam dalam gambar.
  •  Perkembangan pertumbuhan kita akan lihat dari hari ke hari.



Rendam 


Sediakan media




Curah benih atas media

Sungkup tiga hari kemudian biar terbuka

2 ulasan:

  1. assalam.dimana boleh saya dapatkan benih strawbery ya.ingin mencuba dan mempelajari teknik tanaman strawbery ini.

    BalasPadam
  2. Boleh Cuba beli buah dipasaraya. Atau boleh berhubung kawan fb ni 0125754196
    Along labit Lenggong perak

    BalasPadam