Rabu, 9 Disember 2015

KARAT DAUN

MASALAH BIASA POKOK FIG 

Apa yg perlu dibuat
1. Penjagaan awal mengelak n mengurangkan karat daun
2. Mengawal karat daun dari merebak ke daun lain pokok yg sama atau daun pokok yg lain

Bagaimana cara atasi?
1. Memberi ketahanan daun dan mengurangkan karat daun - penggunaan semburan oligochitosan dan nutrikelp
2. Mengawal dgn mengeringkan/mematikan spora berdebu bawah daun - penggunaan semburan kocide selang 5 hari dan utk serangan karat daun yg teruk.. semburan 2 hari berturut2

Perlukah daun kena karat dibuang?
1. Daun yg masih produktif yg masih byk kehijauan tidak perlu dibuang
2. Buang hanya daun yg teruk kering dan hijau yg sedikit dan daun yg buah ditepinya telah dipetik

Peringatan
1. Petik buah terlebih dahulu sebelum semburan
2. Penggunaan kocide tidak dicampurkan dgn racun lain kecuali yg pasti tidak ada tindak balas


Semoga ada sedikit manfaat dan dpt membantu

NOTA:
Terima kasih pada Tuan Marzuki Shafiee pemilik Fig Fertigation Malaysia atas perkongsian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan