Selasa, 8 Disember 2015

SEMAIAN CUTTING POKOK TIN CARA AMANDA PUTRI.

Ada banyak cara yang diguna untuk semaian secara cutting. Ini antara cara yang kami guna di Amanda Putri's Garden kami. Di sini  kami share cara-cara dan gambar nya. Semoga dapat membantu terutamnya yang masih baru.


Dapat sahaja cutting perlu pastikan sama keratan sudah di cegah racun kulat atau belum. Jika belum
Cuci cuttings dan rendam dgn racun kulat atau baking soda atau hidrogen peroksida sebentar.




Keringkan cutting selepas dicuci bawah kipas. .Kemudian celup bahagian bawah dalam serbuk seradix



Sediakan media iaitu campuran 70 % peat moss dan 30 % top soil.  Label pasu untuk elak kekeliruan nama pokok



Cucuk ranting secara sendeng dalam media seperti tanam ubi kayu


Siram dgn baki air larutan racun kulat hingga basah lencun. .

Kemudian simpan di tempat teduh di tepi porch atau dlm bilik air etc

Peringatan: Media tidak perlu siram lagi lebih kurang dua minggu. Jika kering siram sedikit jangan terlalu banyak air dikhuatiri akarnya akan rosak.

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manafaat buat rakan-rakan peminat fig terutama yang masih baru.

SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan