Pada pemerhatian kami, pokok-pokok tin yg kerap dibuat benih
secara tut akan berkurangan pengeluaran hasil buah berbanding pokok yg
dicantas. Ini kemungkinan disebabkan pokok-pokok yg ditut masih perlu
bergantung pada pokok induk dlm jangka masa tertentu sebelum berakar dan
kebiasaannya dahan yg ditut sendiri merupakan dahan yg menghasilkan buah. Bila
dipotong selepas berakar pastinya buah akan dibuang sbm ditanam. Berbanding
pokok yg dicantas kelihatan pokok lebih sihat dan dahan baru yg tumbuh
kebiasaannya akan lebih cepat berbuah dan pokok lebih cantik. Pokok-pokok tin
seperti Masui Dauphine, tgf, BTM 6, IBT amat sesuai dicantas untuk tujuan
pembuahan dan kebiasaannya pokok2 jenis ini mudah disemai secara semaian
cutting. Ini daripada pemerhatian dan sekadar pandangan kami di Amanda Putri's
Fig Garden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan