Gambar dari halaman kami 27.9.2015
Sejak bermain dengan pokok TIN ni lekalah pula sampai kurang menghiraukan pokok-pokok yang lain. Tapi hakikatnya bukan begitu ye, semua pokok-pokok disayangi cuma kurang masa untuk masukkan entri baru di sini. Hari ni saya hendak kongsikan pula tentang pokok Mulberi di halaman yang kami tanam di dalam pasu sahaja.
Rupa buah dari dekat yang hampir masak. Ketika ini buah masih ada sedikit rasa kemasaman,
Dari kecil saya memang minat dengan tumbuhan tidak kira dari jenis bunga atau pun tumbuhan yang berbuah. Buah-buahan pun saya suka makan semua jenis yang pasti yang boleh dimakanlahkan. Lebih suka lagi kalau buah-buah tu kita jarang jumpa. Lagilah saya ingin tahu rasanya.
Buah yang berwarna hitam menunjukkan buahnya sedia untuk dipetik. Pada masa ini buahnya akan terasa manis.
Pokok mulberi yang saya tanam merupakan melberi biasa sahaja yang dihadiakan oleh seorang sahabat. Sehingga kini pokok mula berkembang biak dan biasanya dihadiakan sahaja kepada kawan-kawan yang datang sekiranya ada semaian benihnya.
Cara semaian melalui keratan batang. Amat mudah hidup seperti bunga raya. Apa yand difahamkan bukan setakan buahnya yang boleh dimakan tetapi pucuknya juga boleh dibuat ulam dan sayur. Pernah satu ketika dahulu sahabat saya menggunakan daun yang dicelur sebagai ulam bagi mengurangkan penyakit diabetisnya. Apa yang dimaklumkan dari bacaan yang tinggi Alhamdulillah selepas mengamalkan makan pucuk mulberi kadar gulanya semakin turun.
Sekadar tanam di dalam pasu sahaja.
Buah mulberry juga selain sedap dimakan begitu sahaja saya difahamkan juga buah ini baik untuk kulit dan ada yang mengatakan untuk awet muda juga, Selain itu, buahnya boleh dibuat jus. Saya pula suka menghias kek saya menggunakan buah ini bagi mengantikan buah strawberry yang rasanya agak sukar juga untuk berbuah di tanah rendah ni.Jika berbuah pun tidak seperti di CH, mungkin buah lebih kecil. Tetapi pokok mulberi ni mudah sangat cuma perlukan pemangkasan dan tunggu dua minggu akan kelihatan putik bunga dan terus berbuah. Buah in sha Allah lebih lebat lagi jika dahan poko nya tidak dipangkas tetapi dilentur.
Jom makan buah mulberri.
Maka apa lagi jom kita tanam dan amalkan memakan buah ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiatnya sila ke sini.
banyak nye buah...
BalasPadam