Peminat Amanda Putri's Garden

Sabtu, 7 Mac 2015

Cantuman Baji Pokok Tin.

Perkongsian hari ini....membuat cantum baji. Mengapa cara ini perlu? Ada kalanya kita berasa kecewa bila pokok fig yg telah ditanam makan tahun juga tidak mengeluarkan hasil buah. Ada juga yg redho walaupun pokok tidak berbuah namun daunnya masih boleh dimanafaatkan. Tapi alangkah seronok selain daun dapat juga hasil buah sekali gus. Jangan kecewa...ada cara walaupun bukan 100% berjaya. Di sini ditunjukkan beberapa langkah berpandukan gambar. Gambar ni diambil Ahad lalu ketika kami dikunjungi seorang rakan yg ingin belajar cara cantuman baji ke atas pokoknya. Menurut beliau benih pokok penanti sudah lebih setahun dihadiahkan seorang rakan melalui semaian biji. Tunas yg kami guna ia lah TGF dari Amanda Putri's Garden. Kita tunggu perkembangannya. Mudah2an menjadi. Dan kepada rakan2 yg mempunyai pokok fig yg dah lanjut usia masih belum berbuah boleh mencuba cara ini.Selamat mencuba.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan