Selasa, 24 Mac 2015

CAMPURAN TANAH DAN CARA PENANAMAN

 Campuran tanah:
       50% pasir
       40% Top soil
       10% sekam padi bakar @ kompos
        Sedikit baja kopi (2 sudu teh)
       Cara menanam anak pokok ke dalam pasu:
  1. Pilih pasu yang sesuai dan kawasan yang dapat matahari.
  2. Pokok di dalam polybag lebih mudah dialih dan pastikan benih tidak disiram sebelum dipindahkan ke pasu.
  3. Jika ingin diletak atas tanah, pecahkan bahagian bawah pasu supaya dalam jangka panjang pasu tidak tersumbat. Jika ingin meletakkan pasu atas simen, pilihlah pasu yang cukup besar.
  4. Masukan batu-batu kecil dalam pasu setinggi 1 atau 2 in .
  5. Lapiskan dengan rumput atau daun kering.
  6. Masukkan sedikit campuran tanah.
  7. Letakkan pokok yang hendak ditanam di tengah-tengah pasu.
  8. Tambah tanah campuran hingga sama paras dengan tanah asal pokok.
  9.  Siram dengan baja yang telah dibancuh.

Cara memindah anak tut ke pasu/ polibeg:

Sabtu, 7 Mac 2015

Memproses anak pokok untuk pengeposan secara "Bareroot"

 Perkongsian petang ini....Cara-cara mengurus penghantaran anak pokok secara "bareroot".
1. Pilih anak pokok yg sesuai iaitu akar yg sudah stabil.
2. Buang semua daun dan potong sebahagian dahan.
3. Buang media.
4. Cuci dan bilas air bersih.
5 & 6 Akar yg telah bersih direndam dlm larutan oligochitosan atau racun kulat sebentar.
7. Lap dengan tisu bersih.
8. Balut dengan tisu.
9 & 10 Bungkus dengan plastik dan kemaskan.



Pilih anak pokok yg sesuai iaitu akar yg sudah stabil.
Buang semua daun dan potong sebahagian dahan.

 Buang media.
Cuci dan bilas air bersih.

Akar yg telah bersih direndam dlm larutan oligochitosan atau racun kulat sebentar. 

Lap dengan tisu bersih.
Balut dengan tisu.
Bungkus dengan plastik dan kemaskan. 

Seterusnya masukkan dalam kotak dan sedia untuk dipos. Selamat mencuba.




Cantuman Baji Pokok Tin.

Perkongsian hari ini....membuat cantum baji. Mengapa cara ini perlu? Ada kalanya kita berasa kecewa bila pokok fig yg telah ditanam makan tahun juga tidak mengeluarkan hasil buah. Ada juga yg redho walaupun pokok tidak berbuah namun daunnya masih boleh dimanafaatkan. Tapi alangkah seronok selain daun dapat juga hasil buah sekali gus. Jangan kecewa...ada cara walaupun bukan 100% berjaya. Di sini ditunjukkan beberapa langkah berpandukan gambar. Gambar ni diambil Ahad lalu ketika kami dikunjungi seorang rakan yg ingin belajar cara cantuman baji ke atas pokoknya. Menurut beliau benih pokok penanti sudah lebih setahun dihadiahkan seorang rakan melalui semaian biji. Tunas yg kami guna ia lah TGF dari Amanda Putri's Garden. Kita tunggu perkembangannya. Mudah2an menjadi. Dan kepada rakan2 yg mempunyai pokok fig yg dah lanjut usia masih belum berbuah boleh mencuba cara ini.Selamat mencuba.