PERKONGSIAN INFO dari page FIG MALAYSIA ini adalah beberapa pohon yg dikenalpasti
mengalami sindrom TERENCAT AKAR,pohon ini mengalami pertumbuhan yg
perlahan,tidak gemuk( vegatatif) tidak sihat berbanding pokok yg ditanam
sewaktu dan setempat dengannya,sebab kajian didalam rumah perlindung hujan ini
setiap pokok dibekalkan dengan sistem fertigasi iaitu 'Dripping Mode' yg sekata
dimana sukatan air dan pembajaannya sama rata.Masaalah yg dihadapi olih pokok
ini adalah kerana gangguan atau kerosakan akar yg menyebabkan ia tidak mampu mengambil
atau menyerap baja secara berkesan.
Punca yg dikenalpasti;
- Penyebaran air atau baja tidak menyeluruh (water point) harus di ubah ubah mengikut kesesuaian pembahagian sebarannya
- Semasa pembancuhan medium tanah dibuat ada pembajaan awal dibuat dalam campuran medium mungkin tidak rata dan baja akan terkumpul di satu tempat,apabila penjirusan pun tidak rata maka ia tidak larut(dilute) dan (concentrated), apabila akar baru menjalar kekawasan in ia akan terperangkap di tempat baja 'clog' lalu akar baru itu akan mengalami (Tip burning) iaitu hujung ajar itu terbakar
- Element kulat dan fungus dalam tanah menyerang akar
- Semasa pemindahan anak benih dari polybag ke tanah mungkin akar cedera atau putus lalu infeksi fungus menyerang
- Kemasaman tanah turut menjadi punca ini ,adalah lebih baik semasa membuat campuran medium campur sedikit kapur untuk neutralasasi tanah
Gambar dari kebun Dato Syed Elias.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan