Rabu, 24 Disember 2014

Perbezaan Zeolite, Dolomite dan Azomite serta fungsinya.

ZEOLITE

Sumber:http://upmagronomy.wordpress.com/2008/08/21/zeolite-kepentingannya-dalam-tanaman-dan-sistem-pengairan/

Apakah yang kita faham mengenai Zeolite?

Zeolite merupakan kumpulan galian yang unik yang terasil daripada proses Endapan berjuta-juta tahun dahulu  hasil daripada proses letusan gunung berapi. Apakah kepentingan galian ini kepada tanaman anda? Baiklah, kandungan yang terdapat dalam di dalam Zeolite ialah Kalsium, Pottasium,Magnesium, dan kadar pertukaran ion (CEC) sebanyak 120 meq/100g. CEC (Cation Exchange Capacity) atau kadar pertukaran Ion merupakan elemen yang paling untuk mengikat dan menarik bajadan juga sumber-sumber makanan yang berdekatan agar kekal lebih lama tanpa berlakunya pembaziran.

Apakah Kegunaan Zeolite?

Pertanian:
  • Menyerap kandungan nutrient dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.
  • Mencegah kehilangan nutrient.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman,
  • Memulih dan memelihara tanah dengan baik sekali.
  • Meningkatkan berat hasil tanaman.
  • Meningkat jangka hayat tanaman.
  • Menyerap 55% air dan menyebarkannya perlahan-lahan kepada tanaman mengikt keperluan.
  • Mengurangkan akar busuk atau rosak dan sesuai untuk musim kemarau yang sederhana.
 Bidang Penternakan Akuakultur


  • Meningkatkan tumbesaran ikan dan ternakan lain.
  • Mengimbangi pH dalam air.
  • Menyerap dan mengunci logam berat, mengelak pembentukan logam berat dalam air.
  • Membaiki dasar kolam dan mengurangkan kandungan ammonia dalam air.
Makanan Tambahan Ternakan

  • Mengurangkan kadar kematian
  • Mengurangkan kehadiran serangga dan lalat.
  • Mencegah penyebaran penyakit.
  • Meningkatkan hasil, kadar kehidupan ternakan ruminant dan unggas.
  • Mengurangkan dan mencegah kenaikkan kandungan ammonia.
Pembersihan Dan Penapisan Air
  • Meningkatkan aktiviti biologi di dalam kolam, kolam kumbahan dan penguraian sisa.
  • Sebagai media pengasingan logam berat dalam air dalam industri perlombongan.

Faedah Menggunakan Zeolite ?
 
  • Tumbesaran pokok bertambah baik dan sihat.
  • Berat buah-buahan, sayur-sayuran, padi, getah, kelapa sawit dan lain-lain akan bertambah.
  • Daya tahan penyakit kepada tanaman akan bertambah.
  • Pengurangan baja kimia, dalam keadan yang sama hasil tanaman bertambah baik.
  • Mesra alam, dan mengelak daripada kerosakkan tanah.
 Analisis Kandungan Nutrien Gunung Berapi (Clinoptilolite) dalam Zeolite:

  • K       4
  • Na    12
  • Mg   18
  • Ca    85 
_________________
119 meq/100g (cec)


DOLOMITE

Sumber: https://impaxbokashi.wordpress.com/page/6/

Satu lagi alternative yang lebih murah untuk menggantikan zeolite ialah kapur pertanian. Kapur pertanian sebenarnya merupakan aset penting seorang usahawan tani, namun tidak ramai yang menyedari betapa luas penggunaan kapur dalam bidang agrikultur.

NAMA DAGANGAN LAIN

Nama lain bagi kapur pertanian ialah Ground Magnesium Lime (GML) dan jenis kapur GML terbaik ialah dolomite. Dolomite merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur magnesium (dalam bentuk MgO) yakni kehadirannya melebihi 18%. Dolomite juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca).
FUNGSI DOLOMITE

Fungsi dolomite dalam industri amat banyak. Dolomite digunakan dalam pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan dalam pembuatannya. Dolomite dalam pembinaan ditabur untuk mengelakkan anai-anai. Fungsinya lebih meluas lagi dalam bidang agrikultur.

Zaman-berzaman kapur digunakan sebagai soil conditioner atau perawat tanah untuk memperbaiki pH tanah yang berasid kembali optimum. Kandungan Mg, Ca, dan silikanya memperbaiki struktur tanah serta mengimbangi pH atau darjah kemasaman tanah. Ia merupakan ubat terbaik dan paling ekonomi untuk merawat tanah berasid yang sudah mula mengeras, berketul-ketul dan tidak subur lagi.

Di syorkan untuk 1 ekar tanah, anda memerlukan hampir 7 beg kapur untuk tujuan perawatan tanah. 7 x 50kg = 350kg/ekar hingga ke 1 tan, bergantung pada kemasaman tanah. Jika tanah tersebut setelah diperiksa didiagnosiskan sebagai tanah berasid, maka penaburan kapur amat sesuai. Ia juga lebih murah daripada zeolite. Tetapi jika tanah tersebut didapati mengandungi kealkalian yang tinggi, apa yang diperlukan bukanlah kapur, tetapi sulfur untuk mengimbangi pHnya.

Kapur boleh ditambah dalam baja kompos yang anda buat. Ia meningkatkan kandungan mineral baja dan memperbaiki atau menggembur struktur tanah. Penaburan kapur kedalam vermikompos sisa dapur dilaporkan dapat menurunkan keasidan worm bedding. Selain kapur, sumber kalsium asli yang digunakan untuk worm bedding ialah kulit telur atau cengkerang siput yang ditumbuk halus. Konsepnya sama saja, kalsium untuk meneutralkan asid.
Kapur boleh dicampurkan dalam pembuatan IMO. Fungsinya sama seperti menambah zeolite kedalam IMO. Anda boleh membaca dengan lanjut mengenai fungsi zeolite dengan klik istilah ‘zeolite’ di ruangan LABEL sebelah kanan blog ini.

Kapur boleh ditambah dalam bacterial mineral water (BMW) untuk meningkatkan kandungan mineral dan menyuburkan pokok. Banyak faedahnya, bergantung kepada faedah unsur magnesium. Magnesium berperanan dalam penyerapan P dan K, membentuk klorofil pada daun dan membantu pengangkutan kanji dalam tumbuhan.
Penggunaan kapur dolomite ini amat sesuai untuk tanaman limau/sitrus. Pokok limau adalah tanaman yang banyak menggunakan Magnesium. Gejala kekurangan magnesium adalah urat-urat pada daun-daun yang tua menjadi kekuningan.

Dalam akuakultur, kapur digunakan untuk membersihkan kolam ikan daripada sisa-sisa kimia pelindung plastik atau tangki poliester.

AZOMITE

Sumber:  http://integratedfarm.blogspot.com/2010/02/penggunaan-azomite-untuk.html

Azomite! Azomite! Azomite! . Pernah dengar perkataan tersebut. Ia berbeza dengan Zeolite. Azomite ialah mineral semulajadi dimana mempunyai 70 mineral aktif semulajadi dan mineral tambahan. Terjadi dari letusan gunung berapi dan 100% asli tanpa bahan pengawet. Lebih dari 60 tahun dahulu, penggunaan mineral ini telah digunakan untuk meningkatkan penghasilan ternakan dan tanaman di Lembah Utah, Amerika Syarikat.Ramai di antara kita tidak mengetahui tentang penggunaan Azomite dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan sedangkan di luar negara telah digunakan secara meluas dan telah berpuluh-puluh tahun. Azomite adalah satu bahan mineral pelengkap kepada sektor pertanian. Lebih lanjut sila layari http://www.azomite.com/ . Penggunaan Azomite boleh digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian,penternakan dan perikanan anda. 

Nama :AZOMITE
Info :
Kaya dengan mineral dan hanya didapati di pergunungan Utah, USA. 100% tulen tanpa bahan tambahan. Amat baik untuk tanaman dan ternakan dan digunakan untuk melengkapi mineral keperluan tanaman / ternakan. Meningkatkan daya imun tanaman / ternakan terhadap penyakit.Produk ini luas digunakan oleh negara-negara maju. Terbukti amat berkesan dan banyak testimonial pengguna. http://www.azomite.com Harga lingkunganRM8.00/kg @  1 bag rm140/20kg.


16 ulasan:

  1. Hi,

    Mana saya boleh beli dolomite di Malaysia? Semua gardening center tak jual pun. Terima kasih.

    -Peh

    BalasPadam
  2. http://www.groworganic.com/azomite-44-lb-micronized.html

    BalasPadam
  3. boleh saya tahu dimana saya boleh dapatkan zeolite. dah lama saya mencari

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum , azomite boleh guna untuk padi tak? dan dimana untuk membelinya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bagus..saya biasa guna..tapi xtahan harga mahal dengan nak gaul ngan baja serbab azomite serbuk..

      Padam
  5. Assalamualaikum , azomite boleh guna untuk padi tak? dan dimana untuk membelinya?

    BalasPadam
  6. Hai..pm sya..nak beli Azomite..whatsup me 0145584519

    BalasPadam
  7. Azomite boleh guna untuk pokok durian ke?
    Umur durian 2 tahun dan 6 tahun. Dan macam mana sukatan nya.

    BalasPadam
  8. Terima kasih bagi ulasan yg berguna

    BalasPadam
  9. Saya membekalkan dolomite dan zeolite. Google baja dolomite penang atau wasap 017443911w

    BalasPadam
  10. Saya ada membekal Zeolite negeri sembilan Melaka Johor HP 013-243-5999

    BalasPadam