Mengapa anak tut pokok tin yang ditanam tiba-tiba layu dan mati? Bagaimana cara mengatasinya?
APG : My first batch anak tut dari Thailand dulu pun mula mula mati dalam keadaan yang sama. second batch atas info dari seller saya basuh dan buang semua media. Baru berhasil.. Masalah saya dulu kemungkinan tidak memahami sifat sabut kelapa yang menyimpan air lebih lama dari media tanaman yang kandungan pasirnya tinggi. Secara kasar saya nampak media dah kering jadi siram air selalu..tetapi sebenarnya media tut sudah menjadi terlalu lembab Fig masih baru ditempat kita masih banyak yang perlu difahami dan dipejajari. Kita belajar dari pengalaman dan RnD. .what we learnt we share. Di sini kita berkongsi info dan pengalaman serta cara rakan-rakan kita mengatasi masalah ini.
M Yusuf Harun.Baru2 ini, melalui teman2 di utara, saya telah membeli Black Jack dan BTM6 dari negara jiran dengan jumlah yg agak banyak. Sebelum itu, saya telah membeli beberapa btg Black Jack dari negara tersebut dan pohon2 ini sehat, telah membesar dan malah mula berbuah. Anak-anak tut ini, saya terima di dalam keadaan baik. Dan terus saya semai ke polybag sebaik diterima dengan menggunakan medium 40% cocopeat, 10% pasir halus dan 50% tanah bakar. Anak-anak benih ini hidup segar di dalam polybag; tetapi setelah kira2 2 minggu, satu per satu, anak2 benih ini mulai layu dan mati. Saya mengambil tindakan memotong separuh dari stem setiap pohon dan menyemai keratan-keratan tersebut. Keratan2 ini tumbuh dan di dalam keadaan subur hingga skrg.Tapi anak tut itu kebanyakannya mati.Apabila saya menerima batch penghantaran terakhir, saya telah membuang semua medium dari "root ball" tut. Kebanyakan anak benih ini survive. Pada hemat saya (yg memang tak berpengetahuan dan kurang pengalaman di dalam aspek figs ini), apabila disemai ke dalam polybag, medium organik yg di gunakan mulai mereput. Proses pereputan ini menghasilkan asid yg membuat akar masam dan turut reput. Apabila membeli anak tut, analisa medium tut yg digunakan dulu. Ambil tindakan sewajarnya sebelum menyemai. Wallahu'alam

Dato Syed Elias (Fig Culture 2 Fig Malaysia)
Untuk pengetahuan semua,kajian mikro sebatian telah dilakukan olih beberapa pihak,ternyata cocopeat adalah satu bahan medium yg sesuai untuk beberapa jenis tanaman jangka pendek,seperti Rock melon,lada,tomato dan lain lain,tetapi bagi tanaman buah tin ia didapati tidak berapa sesuai kerana cocopeat atau sabut kelapa mempunyai kandungan asidic pada satu jangka masa tertentu apabila kelembapan yg tinggi.Pasa peringkat awalan ia akan memeberi respond yg baik pada anak benih tetapi setelah beberapa jangka waktu process 'organik dissolved' ia akan menjadi masam dan akan menyebabkan reaksi negative pada sistem akar anak benih tin,akar akar muda berwarna putih anak benih tin ini,iaitu dihujung akar itu akan menjadi hitam,ini menandakan tindakbalas negatif dari akar tadi terhadap kemasaman medium,Apabila hujung akar ini berwarna hitam ia tidak dapat berfungsi untuk menyerap semua nutrient atau makanan untuk anak benih lalu batang ,benih yg agak kuat akan menjadi 'domant' hidup tidak mati pun tidak,bagi batang yg tidak kuat ia akan terus layu ,reput akar dan mati,apabila nisbah kemasaman medium terlampau tinngi,ia akan menyebabkan reput akar atau hawar akar dan hawar batang dimana elemen fungus turut menyerang anak benih tersebut,bagi sesetengah pendapat is nya bolih digunakan tetapi harus di selangi penggunaan kapor atau medium alkali lain untuk neutralasasi kemasamannya,walllah hualam
Jontih Engihon. Satu lagi faktor
yg mungkin boleh dilihat ada lah jumlah hari sebelum ditanam dpd hari tut
dipotong. Sebelum ini sy tut dgn media cocopeat juga, dan biasanya 50% dpd tut
sy tak jual, tanam sendiri. Tiada pula yg sy tanam mati walaupun cocopeat sy
tdk buang. Sy pernah buat experiment, tanam selepas potong tut immediately, 3
hari, 6 hari dan 10 hari...conclusionn sy, semakin cepat ditanam selepas tut
dipotong, semakin cepat tut tumbuh. Tut yg sy tanam selepas 1 minggu mmg mcm terbantut,
susah naik walaupun tak mati. Pada pemerhatian saya, tut yg ditanam lebih
seminggu, walau apapun medianya, akar akan seolah2 dormant. Kepayahan
menghidupkan nya hanya baik sedikit berbanding tanam cutting. Tut dari Siam
biasanya sampai kpd pembeli di Msia, rata2 pd hari ke 8-10 (klu dibeli melalui
orang tengah tempatan)
Khairul Ibnu Ahmad Saya juga pernah alami perkara sama utk pokok tin (tut) pertama yang saya beli dari utara. saya mmg tak maklum akan perlunya tukar medium tut sehingga bebaru ni ada rakan2 figger yang menyarankan periksa media tut dan buang media jika dari jenis yang serap/simpan banyak air.
Azhar Saleh Saya jugk selalu basuh medium tut jika dr cocopeat dgn cara rendam dulu dlm air dan biarkan titsan air paip meleraikan medium tersebut...jgn picit/tekan medium takut2 akar putus..

Silver Art Bengal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan