Khamis, 6 Jun 2013

Lawatan ke Ipoh dan berkunjung ke rumah peminat @ sifu anggur

Assalamualaikum dan selamat petang. Pada 6 Jun 2013 lebih kurang jam 6.00 petang kami berkunjung ke rumah rakan peminat anggur, En Jontih Enggihon di Ipoh. Seronok dapat berkenalan dengan beliau sambil bertukar-tukar ilmu berhubung pepohon anggur.


 En Jontih Enggihon (kiri) dan En Dol Malek (kanan) bergambar di sudut belakang rumahnya dengan pokok anggur IAC yang sedang lebat berbuah.

 Keluarga kami di ruang depan halaman rumah En Jontih yang di kelilingi dengan pokok-pokok anggur pelbagai jenis.



5 batang anggur Australian Madu (AM) yang menjadi igauan peminat-peminat anggur.


Satu daripadanya telah menjadi milik kami....Alhamdulillah.


Terima kasih kepada En Jontih Enggihon dan isteri kerana sudi melayan kami walaupun matahari sudah hampir terbenam.  Kalau ada kelapangan jemputlah ke kediaman kami di Bukit Mahkota pula.