Peminat Amanda Putri's Garden

Khamis, 6 Jun 2013

Lawatan ke Ipoh dan berkunjung ke rumah peminat @ sifu anggur

Assalamualaikum dan selamat petang. Pada 6 Jun 2013 lebih kurang jam 6.00 petang kami berkunjung ke rumah rakan peminat anggur, En Jontih Enggihon di Ipoh. Seronok dapat berkenalan dengan beliau sambil bertukar-tukar ilmu berhubung pepohon anggur.


 En Jontih Enggihon (kiri) dan En Dol Malek (kanan) bergambar di sudut belakang rumahnya dengan pokok anggur IAC yang sedang lebat berbuah.

 Keluarga kami di ruang depan halaman rumah En Jontih yang di kelilingi dengan pokok-pokok anggur pelbagai jenis.



5 batang anggur Australian Madu (AM) yang menjadi igauan peminat-peminat anggur.


Satu daripadanya telah menjadi milik kami....Alhamdulillah.


Terima kasih kepada En Jontih Enggihon dan isteri kerana sudi melayan kami walaupun matahari sudah hampir terbenam.  Kalau ada kelapangan jemputlah ke kediaman kami di Bukit Mahkota pula.

5 ulasan:

  1. Terima kasih atas kesudian melawat, dpt jg sikit2 tips dpd sifu Dol Malek. Klu ada kelapangan kami gerenti dtg ke Bangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Kami ucapkan terima kasih juga. Seronok dapat berkenalan.

      Padam
  2. Assalamualaikum kak,

    Saya tinggal di kondo, tapi saya berminat untuk tanam anggur di balkoni. Boleh akak bg sikit tips. dan macam mana saya nak beli anak pokok angggur dari akak yer.
    Tkasih kak.

    BalasPadam
  3. Wsalam. Anggur boleh tanam dalam pasu yg penting campuran tanah mesti betul, air cukup dan dedahan cahaya matahari yang cukup juga. Kalau jauh kami poskan pun boleh. Kalau dekat silalah ke Laman kami ni boleh sembang2.

    BalasPadam
  4. Salam, Kak Maizah. Saya hendak membeli anak pokok anggur dari akak (2 pokok; 1 jenis anggur hijau & 1 jenis lagi anggur hitam). Macam mana caranya? boleh terus beli dari rumah akak atau akak ada buat secara pos?

    BalasPadam