Selasa, 2 April 2013

Taman Anggur Perlis.


 

Assalamualaikum kepada semua peminat-peminat tanaman anggur Malaysia. Hujung minggu lepas tanpa di rancang kami ke Perlis. Kebetulan ingin menghantar anak balik MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Ambil kesempatan meronda-ronda Perlis dan bermalam di Kedah.
 
Dalam perjalanan kami berbincang ke mana arah tujuan sebelum menghantar anak pulang asrama dan ingin bermalam ke mana? Mana lagi kita lum singgah ye? Jom ke Perlis. Apa ada di sana agaknya ye. Dengan bantuan en google kami mencari tempat2 menarik di Perlis.
 
 
 
 
Entah gi manalah tersangkut dengan "Taman Anggur Perlis" nie....terus mencari arahnya mengguna waze..Keh keh keh...berpusing-pusing kami dibawanya. Maklumat yang dipaparkan Jabatan Pertanian Perlis, Sungai Batu Pahat. Masih tak jumpa-jumpa. Menurut maklumat yang kami perolehi waktu melawat hingga jam 6.00 petang. Masa dah hampir 5.30 petang. Masih sempatkah kami ni dahlah dari jauh. Kuatkan semangat juga walaupun letih tapi gagahkan juga terus mencari. Akhirnya jam 5.45 petang kami sampai tempat yang dituju.
 
 
Sempat memujuk pegawai yang menjaga Taman Anggur nie agar dilanjutkan sedikit masa untuk kami melawat. "Tak apa kak masuk je masih sempat" Lega hati kami. Tiket dewasa RM 3 dan kanak-kanak RM 1. Kawasannya luas juga. Masih lagi dalam pembikinan beberapa bahagian kawasan penanaman. Nampak juga kolam dan wakaf di sebelah belakang yang masih dalam proses. Rasanya macam nak buat taman rekreasi lah pulak. Memang cantik.Katanya mungkin nak buat kolam memancing.
 
.


 
Sempatlah juga beli buah anggur di sini. Sebungkus dalam 500 gm RM 10. Kami belilah 4 bungkus anggur hitam.Itu saja yang tinggal. Maklumlah dah petang. Kemudian kami teruskan perjalan ke Kedah.
 
 

 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan