Ahad, 20 Februari 2011

Tanduk Rusa

D'laman 20.2.2011 010
Sesuai dijadikan pokok gantung… kak Mai gantung di tiang jer sebab tak de pokok besar….Pokok ni tumbuh meliar.  Banyak di ladang-ladang getah.  Kami ambil pokok ni pun di ladang getah di negeri sembilan…..Asalnya kami letak di dahan pokok longan ketika kami tinggal di Seri Kembangan.  Bila berpindah ke Bukit Mahkota 5 tahun dulu, kami bawa sekali…….Pokok ni perlu dedahan cahaya yang cukup tapi perlu sedikit perlindungan daripada matahari terik seperti di alam semula jadinya.
TIPS: Sesuai ditanam di ruang sempit seperti balkoni kerana tidak memerlukan tanah untuk tumbuh subur.  Kulit pisang dikatakan bahan makanan yang boleh menyuburkan tanaman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan