Ahad, 7 November 2010

Mulberry

 216180183IMG_1664181    186  182

Daun Mulberry ialah makanan untuk ulat sutera.  Arnab belaan kami turut gemar memakan daun mulberry  ini.  Pucuk mudanya boleh dijadikan ulam dan amat berguna bagi pengidap kencing manis.  Buah mudanya berwarna hijau dan bertukar kepada merah dan matang bila berwarna hitam.  Buahnya sedap dimakan begitu sahaja dan rasanya manis.  Atau buah yang separuh masak (merah) dipetik dan dicelup coklat “mulberry coklat”.  Anak-anak kak Mai memang gemarkan Mulberry celup coklat ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan