Sabtu, 25 Julai 2009

Anggur IAC

IMG_2138 IMG_2135 IMG_2136 IMG_2137
Anggur IAC
Anggur ni pula memang rajin berbuah. Sekali berbuah bertongkol-tongkol dan lebat buahnye....Buahnye berwarna hijau dan bila masak berubah sedikit kekuningan.. Rasanya memang manis. Anggur di Laman kami ni memang susah nak dapat makan betul-betul masak. Mulanya kami ingat Sang burung saja yang suka..rupa-rupanya selain sang burung...Sang tupai pun suka menjamu selera dengan anggur ni...Baru-baru ni memang berbuah lebat...kami balutlah dengan plastik dan diikat dengan kemas...tapi kedua-dua haiwan ni memang cerdik selamat juga dimakannya ...Sekarang ni kami biarkan jelah...mungkin rezeki haiwan-haiwan tu....Kami suka tengok keindahan alam semulajadi...memang indah, tenang dan lega rasa bila mendengar kicauan burung kekadang bermain-main di halaman rumah kami dan Sang Tupai berkejar-kejar sambil mencuri-curi makan buah anggur di Laman kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan