Sabtu, 12 Julai 2014

Cara menanam benih pokok tin dari keratan tut.


Medium tanah campuran:
  • 50% pasir
  • 50% tanah campuran (Top Soil + Kompos dan Sekam padi bakar)



Keratan tut 

Kerat sebahagian daun 

Selepas dikerat daun


Buka tali pengikat dengan berhati-hati

Gunting bahagian tengah plastik dengan berhati-hati



Picit bucu dua2 bahagian plastik dengan berhati-hati  bagi melonggarkannya 

Leraikan plastik 

Sedia ditanam

Sediakan pasu atau polibag dengan sedikit tanah campuran bahagian dasar.


Letakkan benih tut bahagian tengah pasu atau polibag kemudian masukkan tanah campuran 


Terus siram dan letakkan di tempat teduh dalam masa 1 minggu atau hingga pucuk baru mula keluar baru di alihkan ke tempat panas secara perlahan-lahan.

Dalam masa satu bulan atau dua bulan pokok-pokok semaian tut ini boleh dipindahkan ke atas tanah atau pasu yang lebih besar.

Semoga berjaya tanaman tin anda. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan  yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.Maaf jika ada sebarang kesilapan.

 Terima kasih.