Isnin, 16 September 2013

At Tin kini di Laman Bukit Mahkota.

Assalamualaikum semua. Dari anggur kini hati dah tergoda pula dengan pokok tin @ fig @ ara. Memang sedap makan buahnya yang segar berbanding yang kering.Terdapat banyak jenis fig nie rupanya. Nanti kita belajarlah satu2 namanya.


Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

Diantara kelebihan buah tin:


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan  syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dimenghentikan penyakit buasir,  serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpahdengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah  larangan dalam Syurga. Buah teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar iaitu lebih kurang 23%.  Buah tin kering juga membekalkanenam kali lebih banyak kalori daripadabuah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi  lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah. Sila rujuk disini untuk keterangan lanjut.

Lawatan ke kebun dato:


Kami dijamu makan buah fig yang diimport.....yummmy.

Brown Turkey import kami tumpang makan saja. Aduh sedap banget nih.

Fiq dari kebun Fig Malaysia

Yummmmy....

Sahabat  MPPM 87/89 Hayat Hamid.




Teramatlah nikmatnya merasai buah tin nih.

Sekarang laman kami sudah dipenuhi dengan beberapa jenis fig....Gembira tidak terkata kerana hari-hari boleh petik fresh fig dari laman.









Selain sebagai hiasan kek, buah fig boleh dijadikan jem.


Our baby fig today: 

Burjasotte Noire ( Violette de Solies)



Negrone pertukaran benih melalui seorang kawan di JB.


Pembelian cutting. Cutting yang mula-mula dibeli semuanya mati terus ketika disemai. Beli kemudian hidup seperti gambar diatas.Sekarang dalam proses menambahkan koleksi Tin.