Jumaat, 8 Mac 2013

Ceri Barbados



Buah ape nie? Adakah anda pernah melihatnya? Inilah ceri Barbados. Ia  juga dipanggil sebagai Malpighia emarginata, Acerola, West Indian Cherry dan Wild Crapemyrtle. Pokok ceri ini  selalunya membesar sehingga 2-3 meter dan kadangkala mencecah 6 meter. Buahnya kaya denga vitamin C.100gram buah ceri barbados = 1677.6mg vitamin C.Buah ceri barbados mengandungi 32x vitamin C lebih banyak dari jus buah oren.Ceri ini mempunyai kegunaanya yang tersendiri dalam mencegah  daripada pelbagai jenis penyakit.   Vitamin Cnya  mampu menyihatkan dan menyegarkan badan serta dapat  mengelakkan diri daripada ancaman makanan yang berkalori tinggi dan berkarbohidrat.

Siapa yang sesuai memakan buah ini? Buah ini sesuai dimakan oleh orang-orang tua, wanita-wanita yang hamil, mereka yang berdiet, mereka yang memakan ubatan, perokok, peminum dan mereka yang terdedah pada kawasan-kawasan yang tercemar kerana kebolehannya dalam mengubati sel-sel badan yang rosak akibat kekotoran. 



Buah ini menghasilkan sejenis asid terpena yang menambah enzim lalu membantu memusnahkan bahan-bahan yang merbahaya dalam tubuh badan manusia .Khasiat perubatan: buahnya boleh memberi manfaat kepada pesakit hati, diarrhea, desentery, batuk,demam dan sakit tekak(jusnya dikumur untuk melegakan sakit tekak)  Ia juga mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti lemah jantung, sakit badan dan lain-lain lagi.




Selain khasiat buahnya yang cantik ini, pokok ini sesuai dijadikan bonsai untuk tanaman hiasan halaman kita.