Khamis, 31 Mei 2012

Khasiat Nona

Asalamualaikum.  Apa khabar semua.  Lama dah tak menjenguk Laman Bukit Mahkota nie. Hari ni pusing-pusng Laman Mahkota, mata tertumpu pada buah ni yang sudah merah tapi masih keras lagi nie. Nona-nona zaman sekarang...tak boleh ditegur dan tak boleh dilarang....tu lagu lamakan.  Tapi yang ni bukan Si Nona tapi buah Nona yang manis dan sedap dimakan.  Ni nona kampung tapi hidup subur di Bandar Bukit Mahkota....duduknye pun di belakang rumah je...bukan tanam pun, tumbuh sendiri daripada biji benih nona yang dimakan dari kampung.



Pokoknya pun kecil je.  Inilah pokok nona yang halus ni.  Tapi buahnya boleh tahan besar juga.


Masih belum masak lagi.  Harap-harap dapat makan sebab banyak tupai sedang mengendap.

KHASIAT NONA

Ronda-ronda di alam maya mencari khasiat nona ni terjenguk di Laman Seri.  Buah Nona di katakan rendah lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada gula, tinggi potassium, tinggi vitamin B6 dan amat tinggi vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus.  Buah nona menganduni bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.



Ði India, buah nona dikatakan hanya dimakan oleh kelas bawahan manakala di Amerika Tengah, Mexico dan Hindia Barat, buah nona adalah buah yang paling digemari untuk dimakan. Apabila buah ini masak sepenuhnya, ia amat lembut untuk dipegang dan batang dan juga bahagian dalamnya lebih mudah dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencedoknya dengan sudu, seperti mana kita memakan buah avokado dan kiwi. Selalunya isi buahnya dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim.

 Legakan diarrea dan disentri

Selain itu, setiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk menghapuskan cacing terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema.

Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin, jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri.

Kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat.

Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Walau bagaimanapun, bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.




Singgah pula di blog Iztic., terjumpalah beberapa khasiat nona ni. Jom kita baca:

Kegunaan tanaman obat nona
- Biji
Kutu kepala (obat luar).
- Daun:
1.Sariawan.
2.Obat cacing.
- Buah muda:
1.Disentri.
2.Mencret.
3.Obat cacing.
Ramuan dan takaran sebagai penyembuhan penyakit di masyarakat Indonesia
Obat Cacing
Ramuan:
Daun Buah Nona segar 4 gram
Air 110 ml
Cara pembuatan:
Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian:
Diminum sehari 1 kali 100 ml.
Lama pengobatan:
Diulang selama 4 hari.
Sariawan
Ramuan:
Daun Buah Nona segar 4 gram
Daun Sirih segar 3 helai
Daun Saga 4 gram
Air 110 ml
Serbuk gips (ditambahkan setelah ramuan dingin) 6 gram
Cara pembuatan:
Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian:
Diminum 1 kali sehari 100 ml.
Lama pengobatan:
Diulang selama 7 hari.



Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kemudaratan akibat penggunaannya




Ahad, 13 Mei 2012

PISANG SULUNG


Asalamualaikum pagi tadi pi kenduri kahwin di Muar rumah kawan abang.  Perjalanan balik singgahlah ke kampung suami di Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah , Melaka.   Biasalah en abang ni kalau balik kampung mesti terjah masuk kebunnya.  Nak tengok kebun kami ke? Tak sesuai langsung pakaian kami nie he he he maklumlah baru balik dari kenduri kahwin.



Sebenarnya pisang ni pisang sulung kebun pisang kami.  He he he...setandan je baru masak ha ha ha tapi syok sangat nak bergambar dengan pisang yang sangat sedap nie



Ayaaaa taukeh kebun nie pun mau bergambarlah....



Hisssss tengok tu bujang ni pun nak bergambar dengan pisang setandan nie......

Pisang ni tak tahan lama kena ngap segera.  Simpan sikit untuk tetamu kami  dari Perak.



Ini bukan sekadar hiasan meja ye...ini untuk di ngap he he he............





Ahad, 6 Mei 2012

KEBUN PISANG PAK HADIRAH

Asalamualikum.  Hari ni abang je terjah kebun.  Kak Mai ada urusan sendiri di rumah.  Tumpang tinjau melalui gambar-gambaar yang abang bawa balik nie.  Kalau teman-teman nak kongsi tengok kebun kami jomlah...









Alhamdulillah pisang sulung nie....tunggu masak... tak lama lagi bleh makan nie...








Alhamdulillah nangka pun dah mula mengeluarkan hasil.  Itulah ye..tak rugi berbudi kepada tanahkan.