Rabu, 16 Jun 2004

Lawatan Ke ladang anggur di Bali, Jun 2004


Assalamualaikum semua peminat anggur tropika. Apa khabar? Hari ni nak berkongsi pengalaman suami saya semasa melawat ke ladang anggur di Bali. 





Di Bali, Indonesia, anggur ditanam di daerah Singaraja (kawasan tepi pantai) menggantikan tanaman padi (kerana lebih lumayan hasilnya) secara komersil. Pokok anggur berbuah 3 kali setahun dan hasil boleh diperolehi sepanjang tahun dengan cara menjadualkan penghasilan buah anggur secara berperingkat. Hampir kesemua ladang anggur menanam anggur buah berwarna hitam apabila masak dan jenisnya mungkin alphonse lavalle (vinefera). 



Pokok anggur diatur di atas para-para daripada kawat yang disokong oleh sejenis pokok tempatan. Pokok sokongan akan dipangkas bersekali apabila pokok anggur dipangkas. Pokok sokongan ini juga dapat memberikan lindungan kepada buah anggur daripada cuaca yang terlampau panas......whats an experience for me.. :-O so sekarang jangan tak percaya yang anggur boleh berbuah di negara tropika.


Anggur Bali yang masak ranum.


by: Dol Malek
Sila ke sini untuk selanjutnya.