Jumaat, 20 Februari 2015

Teh Daun Fig

Cara mebuat teh daun Fig:

Berbagai2 cara boleh diikuti untuk membuat teh daun fig. Di bawah merupakan salah satu cara yg kami lakukan.....
  1. Pilih daun segar yg bebas dari penyakit.
  2. Cuci bersih dan toskan.
  3. Lap kering dengan tisu bersih.
  4. Susun di dalam loyang. 
  5. Bakar dlm oven dgn suhu rendah hingga nampak garing tapi masih kekal warna hijaunya. 
  6. Keluar dan biarkan sebentar.
  7. Ramas guna tangan sahaja hingga hancur. Buang urat-urat yang kasar.
  8. Inilah hasil nya. 
  9. Simpan di dalam bekas  dan terus boleh digunakan. Selamat mencuba.
Teh daun Fig:
  1. Ambil setengah sudu teh serbuk teh daun fig.
  2. Tambah 1 jug kecil air mendidih.
  3. Biarkan selama 15 minit.
  4. Sedia untuk diminum begitu sahaja atau ditambah sedikit madu.


Apa khasiat teh daun fig ni ya? Ramai yang tertanya2.. 
Antara Khasiat Daun Tin atau Daun Fig ialah :-
  1. Mengawal tekanan darah tinggi & jantung
  2. Mengandung serat tinggi
  3. Mengurangi sesak nafas
  4. Mengawal kadar gula dalam darah
  5. Sebagai pelancar membuang hajat besar
  6. Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol
  7. Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi
  8. Mencegah cancer dan usus besar
  9. Mengandung anti oksida
  10. Memperlambatkan proses penyerapan glukosa di usus kecil
  11. Membersihkan hati & limpaMengatasi masalah berat badan
  12. Terapi diabetes.

Antara kandungan di dalam daun Tin ini ialah :-
  • Carbohydrates
  • Flavonoid
  • Glycosides
  • Cumarines
  • Fix Oils
  • Proteins
  • Amino Acids
  • Steroids Sterols
  • Triterpenoids
Sumber:  Khasiat dan kandungan http://drfiggarden.com/1001-khasiat-daun-fig-atau-daun-tin/

Khasiat berdasarkan pengalaman sendiri:

Pernah beri minum kepada rakan yang sakit sendi dan sengal-sengal badan hingga sukar melakukan kerja-kerja harian. Minta beliau amalkan meminum air rendaman daun fig segar selama seminggu, Alhamdulillah beliau berpuas hati rasa sengal-sengal badan hilang. Tapi apa pun semua atas kehendak Allah jua. 

Cara membuat teh daun fig segar:


  • Petik daun segar biasanya helian ke lima dari pucuknya.
  • Potong-potong dan cuci bersih.
  • Masak air dengan daun pandan.
  • Bila air mendidih tutup api dan rendam daun tersebut selama 15 min.
  • Boleh terus di minum atau ditambah sedikit madu. 
Selamat mencuba.
             

Selasa, 17 Februari 2015

Tanaman komersial di taman mini unik (Harian Metro 17.2.2015)

Oleh Mohd Sabran Md Sani 

sab@hmetro.com.my

Luarannya tidak ba­nyak beza dengan unit kediaman banglo yang lain, dihiasi pagar serta pokok hiasan.Namun, di sebalik ba­ngunan dua tingkat dihuni lapan sekeluarga ini tersorok taman mini yang unik.

Andai tidak diperkenalkan rakan setugas, tidak mungkin penulis dapat menyelongkar rahsia di sebalik banglo di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor ini.Apa uniknya banglo itu hingga menarik minat ramai individu ke sana?Pantang pintu rumah terbuka, ada saja yang menekan loceng untuk ‘bertamu’ pada hujung minggu.

Tiga jam diundang sebagai tetamu merungkai tanda tanya yang bermain di fikiran penulis.Hanya satu matlamat mereka, mendapatkan pokok sepanjang sejengkal untuk dijadikan buah ta­ngan dan dibawa pulang ke rumah.Pokok yang tercatat dalam al-Quran bersama zaitun diburu ramai berikutan khasiatnya merawat penyakit.Rahsia itu dirungkai menerusi taman mini Amanda Putri’s Fig Garden yang dibangunkan pasangan suami isteri.Siapa sangka, hobi dikongsi jurutera sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Dol Malek Md Sap, 50, bersama isterinya, Maizah Jalil, 48, bertukar ringgit.Hobi menanam pokok tin yang dikongsi bersama peminat umpama ‘hobi membalas budi’ dan ‘kebun rezeki’.

Jika sebelum ini mereka hanya mengumpulkan spesies pokok tin di seluruh dunia, kini ia maju selangkah.Plot tanaman berkanopi yang berkeluasan 20 x 30 kaki persegi menjadi medan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Setiap masa terluang akan dipenuhi dengan aktiviti berkebun yang diba­ngun bersama ahli keluarga.
Malah, fasa tanaman kini bertukar ke plot lebih besar yang beroperasi di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah Melaka bagi tujuan kajian komersial.

Fasa tanaman pertama dibangunkan di sebuah rumah hijau berkeluasan 20 x 50 kaki persegi membabit­kan 40 pokok dan fasa kedua pula berkeluasan 20 x 100 kaki persegi. Paduan minat dikongsi pasangan itu membuahkan aura positif hingga membangunkan tanaman tin di kediaman terhad. Hobi unik ini menukar persepsi ramai berkenaan potensi pokok tin yang boleh dikomersialkan. Malah, plot tanaman dibangunkan untuk menjadi sumber rezeki kepada pasangan berkenaan selepas bersara kelak. Buktinya, bukan saja pokok tin menjana pendapatan sampingan, tetapi buahnya juga dapat dijual segar atau di­jadikan produk hiliran seperti jem dan teh. Bagi pasangan berkenaan menanam pokok menjadi terapi terbaik dalam mengurangkan tekanan di tempat kerja. Apatah lagi sebagai guru, Maizah sering berdepan dengan kerenah pelajar yang pelbagai.
Merenung pokok yang menghijau di persekitaran rumah katanya membuat­kan dirinya kembali tenang dan damai. Dol Malek berkata, dia bersama isteri mempunyai hobi menanam ‘pokok pelik’ yang jarang terdapat di negara ini.
“Semuanya bermula pada 2001 apabila kami berdua menanam pokok anggur, epal, zaitun, mulberi dan kiwi. “Kami teruja melihat pokok epal yang diperoleh dari Stesen MARDI Cameron Highlands, Pahang berbuah lima kali di laman kami,” katanya.

Pernah diberikan pokok tin daripada seorang kawan 10 tahun lalu, namun niat menanam pokok itu ‘terkubur’ apabila tidak menjadi. Bagaimanapun, katanya, minat itu datang kembali selepas mereka menemui kumpulan penanam tin melalui laman sosial di luar negara.

 “Kami membuat carian di Internet bagi mendapat­kan maklumat mengenai pokok tin. “Dari situ kami me­ngenali seorang usahawan bernama Datuk Syed Elias yang menjadi individu penting dalam memperkenalkan pokok itu di negara ini,” katanya.

Secara berkumpulan mereka mengunjungi kediaman golongan kenamaan (VIP) itu untuk melihat projek tanaman pokok tin.

 “Banyak ilmu yang saya dapat selain melihat 200 spesies pokok tin dikumpulkan dari seluruh negara,” katanya. Dari Bukit Antarabangsa, Ampang, katanya dia membawa pulang beberapa anak pokok tin ke kediaman mereka. “Anak pokok tut yang ditanam menjadi dan dalam tempoh tiga bulan sudah mengeluarkan buah. “Kami seronok melihat pokok tin berbuah dan sejak itu pelbagai varieti diperoleh dari pelbagai negara yang dibawa rakan,” kata­nya. Katanya, mereka me­ngirim gambar kepada peminat pokok tin menerusi kumpulan Facebook: Fig Culture (Ficus Carica), Kelab Kebun Keliling Rumah dan laman ‘Amanda Putri’s Fig Garden.

“Sebagai ‘admin’ kami menerima banyak maklum balas positif dan ramai terkejut dengan projek yang kami lakukan. “Dari situ bermulalah episod kunjungan peminat pokok tin ke kediaman kami,” katanya.

Dia banyak mempelajari ilmu berkaitan pokok tin daripada pemilik blog dari serata dunia serta membaca buku mengenai tanaman itu.

 “Pokok tin banyak varieti dan menerusi blog dan buku itu saya ba­nyak mempelajari me­ngenai penjagaannya. “Ada yang sesuai ditanam di negara ini dan sebaliknya selain tidak semua pokok berbuah, tetapi boleh menghasilkan daun teh,” katanya. Katanya, pokok tin yang juga satu spesies dengan buah ara mempunyai empat keluarga utama iaitu capfrifig, simyrna, san pedro dan common. Pasangan itu menggunakan dua kaedah untuk membiakkan pokok iaitu menerusi kaedah tut dan keratan batang bersaiz sejengkal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 1:13 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31527#sthash.qFHyN8L1.dpuf







Potongan akhbar Harian Metro 17.2.2013




Berbanyak-banyak terima kasih kami dari Amanda Putri's Garden kepada wartawan dan juru foto Harian Metro (Agro). 

Sabtu, 7 Februari 2015

Perkembangan amanda Putri's Fig Farm Fasa 1

Seperti biasa rutin hujung minggu. Biasa dari pagi dah bergerak pulang tetapi hari ini petang baru bergerak ke Melaka kerana ada tetamu.. Walau pun cuaca agak panas tapi pokok-pokok nampak subur. Alhamdulillah. Pokok-pokok ni masih mengunakan sistem siraman air secara manual. Musim panas pokok-pokok perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari.












Syukur atas nikmatMu....

Perkembangan Amanda Putri''s Fig Farm Fasa 2.