Jumaat, 4 Disember 2015

DOUBLE BUNJUT FIG.

Selamat pagi  dan salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Hari ini kami ingin berkongsi semaian tut double bunjut. Ramai yang bertanya bila kami pos gambar tut double bunjut. Apa itu double bunjut? Jom mungkin lepas ni akan faham apa yang dimaksudkan dengan double bunjut.

Apa yang kita perlukan utntuk buat double bunjut?
  • cutting tut semestinya
  • plastik lutsinar saiz sederhana besar
  • cable tie
  • peatmoss (german/ holland /freepeat)
  • larutan B1

Seperti biasa tak perlu jampi serapah cukup baca


Kita perlu yakin yang menghidup dan mematikan bukan kerja kita. Itu kerja Allah jadi ini sebagai usaha dan ikhtiar kita sahaja. Jika tidak menjadi kena redho ye.....Kami berkongsi berdasarkan apa yang kami cuba.

Langkah 1: 


  • Buka bunjut tut berhati-hati jangan sampai media tut terlerai daripada batang nya.

Langkah 2:



  • Sediakan larutan B1 dalam bekas sukatan ikut saranan spt tertera pada botol.
  •  Celup sebentar bunjut tut.
Langkah 3:




  • Masukkan sebahagian peatmoss dalam plastik lutsinar. 
  • Longgarkan media.
  • Berhati2 masukan  bunjut cutting tut yang telah dicelup B1 
  • Tutup lagi dengan peatmoss hingga paras bunjut asal.

Langkah 4:

YDS-200M 4 x 200mm Self-Locking Nylon Cable Tie Wraps - White ( 500 PCS)

  • Kemaskan bunjut
  • Ikat dengan cable tie spt gambar di atas.


Langkah 5:

  • Susun  dan letak ditempat yang kurang cahaya. 
  • Saya letak di dalam rumah.


Keputusan  

        Mula tanam 27.11.2015
  • Gambar kiri selepas 3 hari (30.11.2015)
  • Gambar kanan selepas 7 hari (3.12.2015)















Daripada 30  semaian double bunjut 27(90%) telah nampak berakar 3(10%)  belum menjadi berkemungkinan akar semaian tut terlebih tua (warna akar gelap menunjukkan akar telah mati semasa dibunjutkan) Namun masih menunggu kerana yang menghidup dan mematikan bukan kerja kita, itu semua kekuasan Allah. Jika ia ingin sesuatu itu berlaku makan berlakulah ia, jika ingin dihidupkan makan hiduplah ia. Kita hanya ikhtiar dan berusaha. Mudah2an hidup semuanya...aamiin.

Harap kepada yang bertanya "Apa itu double bunjut?" telah memahami.Jika masih kurang faham sebenarnya double bunjut tu bermaksud bunjut pertama semasa tut dan bunjut kedua selapas pemotongan tut dibunjutkan semula sebelum ditanam ke dalam pasu yang lebih besar.Oleh kerna dua kali bunjut sbb tu dipanggil double bunjut.

Mudah-mudahan dengan pernerangan yang tidak sebeberapa ini dapat membantu rakan-rakan peminat fig terutama yang masih baru di luar sana. Kami hanya mencuba sahaja sebenarnya banyak lagi cara boleh dicuba usaha. Bagi saya ini yang termudah untuk orang2 yang sibuk dan masih bekerja seperti kami. Mungkin ada cara lain dan penggunaan bahan yang lain. Semuanya boleh dicuba......tak cuba tak tahu, dah cuba pelbagai cara cuba buat perbandingan. Pilihlah cara yang bersesuaian dan memudahkan kita.  

Selamat mencuba.




3 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu, mohon tunjuk ajar penjagaan poko anggur puan , saya ada tanam beberapa pokok hanya 2 pokok sahaja yang nampak membesar elok, tanam dalam pasu apakah media yang sesui dan baik untuk anggur...tk

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam