Ahad, 15 November 2015

NEMATOD


Kebiasaannya kami berkongsi kegembiraan dengan kemeriahan buah dan kesegaran tumbuhan tin di kebun dan keliling rumah. Sesekali jom kita berkongsi kedukaan. Ini SALAH SATU  cabaran yg dilalui oleh peminat2 tanaman tin ni serangan namatode. Walau bagaimana pun kita perlu redho dengan ketentuanNya. Yg menghidup dan mematikan bukan kerja kita. Sekadar berkongsi yo. Patutlah ibarat hidup segan mati tak mahu...Oh BNR ku.... ropenya diserang nematod. Sedang menjalani rawatan. Mudah2an ada sinar kehidupan... aamiinn.

Ini antara persoalan yang sering timbul. Apa itu namatode? Bagaimana tanda-tanda  awal serangan nametode?Bagaimana mencegahnya? Bagaimana merawatnya?

Jom kita ungkaikan satu-satu persoalan tersebut.

Apa itu nametode? dan Bagaimana tanda-tanda serangan?

Nematode merupakan sejenis parasit atau perosak yang berada di dalam akar tumbuhan dan mengganggu pertumbuhan tanaman.  Kesannya adalah akar tumbuhan akan membengkak sehingga menjadi seperti bola kecil yang tumbuh mengikut akar.  Apabila akar telah bengkak dan rosak, maka tumbuhan yang ditanam akan menjadi lemah, senang layu, tumbesaran terbantut dan nampak tidak segar. Bagi kes serius boleh menyebabkan kematian pada pokok tumbuhan. Jangkitan adalah melalui tanah. Ramai petani tidak mengetahui tanda-tanda serangan nematod pada peringkat awal.

Bagaimana mencegah atau mengawalnya?


Risiko serangan nematod boleh dikurangkan  dengan pemilihan bahan tanaman yang sesuai, mengelakan mengambil tanah atau benih dari kawasan yang telah diserang dan juga melaksanakan kawalan secara bersepadu.Penyakit ini in sha Allah boleh dikawal dengan pelbagai cara .  Ada kawalan secara organik dan juga secara kimia.

Kawalan kimia, senang sahaja pergi kedai beli racun nematode dan guna aturan mengikut dosage pada botol.
Di sini kami berkongsi maklumat mengenai beberapa jenis racun nematod yang ada di Malaysia.

Di Malaysia terdapat 4 jenis racun nematod yang di luluskan oleh LPRMP iaitu:
a. dazomet
b. fenamiphos
c. carbofuran
d. cadusafos

DAZOMET
Racun nematod yang mempunyai bahan aktif dazomet bertindak dengan penguraian kepada methyl isotiosanat dengan cara tindakaan yang tidak diketahui. Racun ini berkesan digunakan untuk mengawal nematod. Dipasaran racun jenis ini dijual dengan nama dagangan BASAMID GRANULAR.
                                                                                                                                                   
         
FENAMIPHOS
Racun yang mengandungi bahan aktif fenamiphos ini adalah dari kumpulan organophosphate yang bertindak dengan cara sistemik dan juga sentuhan. Cara tindakannya melalui penghalang ‘cholintrase’ yang bertindakbalas. Racun ini digunakan untuk kawal nematod dipelbagai peringkt. Antara nama dagangan racun ini dipasaran seperti LANCER 10G, NEMACIDE 10G dan NEMACUR 10% GR. 

 
Antara racun kimia yang boleh digunakan



CARBOFURAN

Jenis racun nematod ini mengandungi bahan aktif carbofuran yang bertindak dengan penghalang ‘cholinesterase’ pada cacing nematod. Racun ini adalah jenis sistemik dan berbentuk buriran atau lain-lain bentuk . Antara nama-nama dagangan racun jenis ini adalah seperti CARFURAN 3G, CHA FURAN, FURADAN 3G, POFER 3G, SERBACO G33, SYSTEMIS 3G.




CANDUSAFOS

Jenis racun ini mengandungi bahan aktif kumpulan organophosphate yan juga bertindak sebagai penghalang ‘cholinetrase’ pada mangsa.Bentuk dipasaran adalah dalam bentuk butiran (granule). Racun ini jenis memusnahkan secara sistemik dan nama dagangan adalah APACHE 10G.



 Cara mengguna racun nematod perlu mengikuti kaedah yang betul. Baca label pada kotak racun nematod yang dibeli dan patuhi arahan iaitu penggunaan mengikut kadar dan masa yang tepat. Patuhi arahan Post Harvest Interval (PHI) dengan betul kerana kesan sisa baki racun sistemik adalah agak lambat. 

Kawalan secara organik

Taburkan baja kulit udang sebulan sekali atau siram oligochitosan seminggu sekali sebagai langkah pencegahan.



Semoga perkongsian ini dapat memberi menafaat kepada semua.

Sumber rujukan:

My Agri Log
Anim Hosnam Website












Tiada ulasan:

Catat Ulasan