Sabtu, 27 Disember 2014

Soalan

Mengapa anak tut pokok tin yang ditanam tiba-tiba layu dan mati? Bagaimana cara mengatasinya?

APG : My first batch anak tut dari Thailand dulu pun mula mula mati dalam keadaan yang sama. second batch atas info dari seller saya basuh dan buang semua media. Baru berhasil.. Masalah saya dulu kemungkinan tidak memahami sifat sabut kelapa yang menyimpan air lebih lama dari media tanaman yang kandungan pasirnya tinggi. Secara kasar saya nampak media dah kering jadi siram air selalu..tetapi sebenarnya media tut sudah menjadi terlalu lembab Fig masih baru ditempat kita masih banyak yang perlu difahami dan dipejajari. Kita belajar dari pengalaman dan RnD. .what we learnt we share. Di sini kita berkongsi info dan pengalaman serta cara rakan-rakan kita mengatasi masalah ini.


M Yusuf Harun.Baru2 ini, melalui teman2 di utara, saya telah membeli Black Jack dan BTM6 dari negara jiran dengan jumlah yg agak banyak. Sebelum itu, saya telah membeli beberapa btg Black Jack dari negara tersebut dan pohon2 ini sehat, telah membesar dan malah mula berbuah. Anak-anak tut ini, saya terima di dalam keadaan baik. Dan terus saya semai ke polybag sebaik diterima dengan menggunakan medium 40% cocopeat, 10% pasir halus dan 50% tanah bakar. Anak-anak benih ini hidup segar di dalam polybag; tetapi setelah kira2 2 minggu, satu per satu, anak2 benih ini mulai layu dan mati. Saya mengambil tindakan memotong separuh dari stem setiap pohon dan menyemai keratan-keratan tersebut. Keratan2 ini tumbuh dan di dalam keadaan subur hingga skrg.Tapi anak tut itu kebanyakannya mati.Apabila saya menerima batch penghantaran terakhir, saya telah membuang semua medium dari "root ball" tut. Kebanyakan anak benih ini survive. Pada hemat saya (yg memang tak berpengetahuan dan kurang pengalaman di dalam aspek figs ini), apabila disemai ke dalam polybag, medium organik yg di gunakan mulai mereput. Proses pereputan ini menghasilkan asid yg membuat akar masam dan turut reput. Apabila membeli anak tut, analisa medium tut yg digunakan dulu. Ambil tindakan sewajarnya sebelum menyemai. Wallahu'alam 

Dato Syed Elias (Fig Culture 2 Fig Malaysia)

Untuk pengetahuan semua,kajian mikro sebatian telah dilakukan olih beberapa pihak,ternyata cocopeat adalah satu bahan medium yg sesuai untuk beberapa jenis tanaman jangka pendek,seperti Rock melon,lada,tomato dan lain lain,tetapi bagi tanaman buah tin ia didapati tidak berapa sesuai kerana cocopeat atau sabut kelapa mempunyai kandungan asidic pada satu jangka masa tertentu apabila kelembapan yg tinggi.Pasa peringkat awalan ia akan memeberi respond yg baik pada anak benih tetapi setelah beberapa jangka waktu process 'organik dissolved' ia akan menjadi masam dan akan menyebabkan reaksi negative pada sistem akar anak benih tin,akar akar muda berwarna putih anak benih tin ini,iaitu dihujung akar itu akan menjadi hitam,ini menandakan tindakbalas negatif dari akar tadi terhadap kemasaman medium,Apabila hujung akar ini berwarna hitam ia tidak dapat berfungsi untuk menyerap semua nutrient atau makanan untuk anak benih lalu batang ,benih yg agak kuat akan menjadi 'domant' hidup tidak mati pun tidak,bagi batang yg tidak kuat ia akan terus layu ,reput akar dan mati,apabila nisbah kemasaman medium terlampau tinngi,ia akan menyebabkan reput akar atau hawar akar dan hawar batang dimana elemen fungus turut menyerang anak benih tersebut,bagi sesetengah pendapat is nya bolih digunakan tetapi harus di selangi penggunaan kapor atau medium alkali lain untuk neutralasasi kemasamannya,walllah hualam

Jontih Engihon.  Satu lagi faktor yg mungkin boleh dilihat ada lah jumlah hari sebelum ditanam dpd hari tut dipotong. Sebelum ini sy tut dgn media cocopeat juga, dan biasanya 50% dpd tut sy tak jual, tanam sendiri. Tiada pula yg sy tanam mati walaupun cocopeat sy tdk buang. Sy pernah buat experiment, tanam selepas potong tut immediately, 3 hari, 6 hari dan 10 hari...conclusionn sy, semakin cepat ditanam selepas tut dipotong, semakin cepat tut tumbuh. Tut yg sy tanam selepas 1 minggu mmg mcm terbantut, susah naik walaupun tak mati. Pada pemerhatian saya, tut yg ditanam lebih seminggu, walau apapun medianya, akar akan seolah2 dormant. Kepayahan menghidupkan nya hanya baik sedikit berbanding tanam cutting. Tut dari Siam biasanya sampai kpd pembeli di Msia, rata2 pd hari ke 8-10 (klu dibeli melalui orang tengah tempatan)

Khairul Ibnu Ahmad Saya juga pernah alami perkara sama utk pokok tin (tut) pertama yang saya beli dari utara. saya mmg tak maklum akan perlunya tukar medium tut sehingga bebaru ni ada rakan2 figger yang menyarankan periksa media tut dan buang media jika dari jenis yang serap/simpan banyak air.

Azhar Saleh  Saya jugk selalu basuh medium tut jika dr cocopeat dgn cara rendam dulu dlm air dan biarkan titsan air paip meleraikan medium tersebut...jgn picit/tekan medium takut2 akar putus..






 Silver Art Bengal 


Jumaat, 26 Disember 2014

SINDROM MABUK DAUN

MAKLUMAT YANG HARUS DIKONGSI daripada page FIG MALAYSIA !! Ini adalah beberapa varitas yg dikenalpasti mengalami sindrom mabuk daun ini adalah di sebabkan elemen Nitrogen yg diserap olih pokok berlebihan,tiap varitas mempunyai budaya pengambilan pembajaan yg berlainan biasanya varitas varitas in tidak memerlukan pembajaan N yg banyak,kalau ini tidak di kawal ia akan menjadi besar gemuk tetapi tidak menghasilkan buah yg lumayan,tetapi harus di ingatkan tidak semua varitas mempunyai tabi'aat begini,kita yg perlu mengenalpasti dulu varitas ini.




Gambar dari Kebun Dato Syed Elias

SINDROM TERENCAT AKAR

PERKONGSIAN INFO dari page FIG MALAYSIA ini adalah beberapa pohon yg dikenalpasti mengalami sindrom TERENCAT AKAR,pohon ini mengalami pertumbuhan yg perlahan,tidak gemuk( vegatatif) tidak sihat berbanding pokok yg ditanam sewaktu dan setempat dengannya,sebab kajian didalam rumah perlindung hujan ini setiap pokok dibekalkan dengan sistem fertigasi iaitu 'Dripping Mode' yg sekata dimana sukatan air dan pembajaannya sama rata.Masaalah yg dihadapi olih pokok ini adalah kerana gangguan atau kerosakan akar yg menyebabkan ia tidak mampu mengambil atau menyerap baja secara berkesan.
Punca yg dikenalpasti;

  • Penyebaran air atau baja tidak menyeluruh (water point) harus di ubah ubah mengikut kesesuaian pembahagian sebarannya
  • Semasa pembancuhan medium tanah dibuat ada pembajaan awal dibuat dalam campuran medium mungkin tidak rata dan baja akan terkumpul di satu tempat,apabila penjirusan pun tidak rata maka ia tidak larut(dilute) dan (concentrated), apabila akar baru menjalar kekawasan in ia akan terperangkap di tempat baja 'clog' lalu akar baru itu akan mengalami (Tip burning) iaitu hujung ajar itu terbakar
  • Element kulat dan fungus dalam tanah menyerang akar
  • Semasa pemindahan anak benih dari polybag ke tanah mungkin akar cedera atau putus lalu infeksi fungus menyerang
  • Kemasaman tanah turut menjadi punca ini ,adalah lebih baik semasa membuat campuran medium campur sedikit kapur untuk neutralasasi tanah




Gambar dari kebun Dato Syed Elias.



Rabu, 24 Disember 2014

Perbezaan Zeolite, Dolomite dan Azomite serta fungsinya.

ZEOLITE

Sumber:http://upmagronomy.wordpress.com/2008/08/21/zeolite-kepentingannya-dalam-tanaman-dan-sistem-pengairan/

Apakah yang kita faham mengenai Zeolite?

Zeolite merupakan kumpulan galian yang unik yang terasil daripada proses Endapan berjuta-juta tahun dahulu  hasil daripada proses letusan gunung berapi. Apakah kepentingan galian ini kepada tanaman anda? Baiklah, kandungan yang terdapat dalam di dalam Zeolite ialah Kalsium, Pottasium,Magnesium, dan kadar pertukaran ion (CEC) sebanyak 120 meq/100g. CEC (Cation Exchange Capacity) atau kadar pertukaran Ion merupakan elemen yang paling untuk mengikat dan menarik bajadan juga sumber-sumber makanan yang berdekatan agar kekal lebih lama tanpa berlakunya pembaziran.

Apakah Kegunaan Zeolite?

Pertanian:
  • Menyerap kandungan nutrient dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.
  • Mencegah kehilangan nutrient.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman,
  • Memulih dan memelihara tanah dengan baik sekali.
  • Meningkatkan berat hasil tanaman.
  • Meningkat jangka hayat tanaman.
  • Menyerap 55% air dan menyebarkannya perlahan-lahan kepada tanaman mengikt keperluan.
  • Mengurangkan akar busuk atau rosak dan sesuai untuk musim kemarau yang sederhana.
 Bidang Penternakan Akuakultur


  • Meningkatkan tumbesaran ikan dan ternakan lain.
  • Mengimbangi pH dalam air.
  • Menyerap dan mengunci logam berat, mengelak pembentukan logam berat dalam air.
  • Membaiki dasar kolam dan mengurangkan kandungan ammonia dalam air.
Makanan Tambahan Ternakan

  • Mengurangkan kadar kematian
  • Mengurangkan kehadiran serangga dan lalat.
  • Mencegah penyebaran penyakit.
  • Meningkatkan hasil, kadar kehidupan ternakan ruminant dan unggas.
  • Mengurangkan dan mencegah kenaikkan kandungan ammonia.
Pembersihan Dan Penapisan Air
  • Meningkatkan aktiviti biologi di dalam kolam, kolam kumbahan dan penguraian sisa.
  • Sebagai media pengasingan logam berat dalam air dalam industri perlombongan.

Faedah Menggunakan Zeolite ?
 
  • Tumbesaran pokok bertambah baik dan sihat.
  • Berat buah-buahan, sayur-sayuran, padi, getah, kelapa sawit dan lain-lain akan bertambah.
  • Daya tahan penyakit kepada tanaman akan bertambah.
  • Pengurangan baja kimia, dalam keadan yang sama hasil tanaman bertambah baik.
  • Mesra alam, dan mengelak daripada kerosakkan tanah.
 Analisis Kandungan Nutrien Gunung Berapi (Clinoptilolite) dalam Zeolite:

  • K       4
  • Na    12
  • Mg   18
  • Ca    85 
_________________
119 meq/100g (cec)


DOLOMITE

Sumber: https://impaxbokashi.wordpress.com/page/6/

Satu lagi alternative yang lebih murah untuk menggantikan zeolite ialah kapur pertanian. Kapur pertanian sebenarnya merupakan aset penting seorang usahawan tani, namun tidak ramai yang menyedari betapa luas penggunaan kapur dalam bidang agrikultur.

NAMA DAGANGAN LAIN

Nama lain bagi kapur pertanian ialah Ground Magnesium Lime (GML) dan jenis kapur GML terbaik ialah dolomite. Dolomite merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur magnesium (dalam bentuk MgO) yakni kehadirannya melebihi 18%. Dolomite juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca).
FUNGSI DOLOMITE

Fungsi dolomite dalam industri amat banyak. Dolomite digunakan dalam pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan dalam pembuatannya. Dolomite dalam pembinaan ditabur untuk mengelakkan anai-anai. Fungsinya lebih meluas lagi dalam bidang agrikultur.

Zaman-berzaman kapur digunakan sebagai soil conditioner atau perawat tanah untuk memperbaiki pH tanah yang berasid kembali optimum. Kandungan Mg, Ca, dan silikanya memperbaiki struktur tanah serta mengimbangi pH atau darjah kemasaman tanah. Ia merupakan ubat terbaik dan paling ekonomi untuk merawat tanah berasid yang sudah mula mengeras, berketul-ketul dan tidak subur lagi.

Di syorkan untuk 1 ekar tanah, anda memerlukan hampir 7 beg kapur untuk tujuan perawatan tanah. 7 x 50kg = 350kg/ekar hingga ke 1 tan, bergantung pada kemasaman tanah. Jika tanah tersebut setelah diperiksa didiagnosiskan sebagai tanah berasid, maka penaburan kapur amat sesuai. Ia juga lebih murah daripada zeolite. Tetapi jika tanah tersebut didapati mengandungi kealkalian yang tinggi, apa yang diperlukan bukanlah kapur, tetapi sulfur untuk mengimbangi pHnya.

Kapur boleh ditambah dalam baja kompos yang anda buat. Ia meningkatkan kandungan mineral baja dan memperbaiki atau menggembur struktur tanah. Penaburan kapur kedalam vermikompos sisa dapur dilaporkan dapat menurunkan keasidan worm bedding. Selain kapur, sumber kalsium asli yang digunakan untuk worm bedding ialah kulit telur atau cengkerang siput yang ditumbuk halus. Konsepnya sama saja, kalsium untuk meneutralkan asid.
Kapur boleh dicampurkan dalam pembuatan IMO. Fungsinya sama seperti menambah zeolite kedalam IMO. Anda boleh membaca dengan lanjut mengenai fungsi zeolite dengan klik istilah ‘zeolite’ di ruangan LABEL sebelah kanan blog ini.

Kapur boleh ditambah dalam bacterial mineral water (BMW) untuk meningkatkan kandungan mineral dan menyuburkan pokok. Banyak faedahnya, bergantung kepada faedah unsur magnesium. Magnesium berperanan dalam penyerapan P dan K, membentuk klorofil pada daun dan membantu pengangkutan kanji dalam tumbuhan.
Penggunaan kapur dolomite ini amat sesuai untuk tanaman limau/sitrus. Pokok limau adalah tanaman yang banyak menggunakan Magnesium. Gejala kekurangan magnesium adalah urat-urat pada daun-daun yang tua menjadi kekuningan.

Dalam akuakultur, kapur digunakan untuk membersihkan kolam ikan daripada sisa-sisa kimia pelindung plastik atau tangki poliester.

AZOMITE

Sumber:  http://integratedfarm.blogspot.com/2010/02/penggunaan-azomite-untuk.html

Azomite! Azomite! Azomite! . Pernah dengar perkataan tersebut. Ia berbeza dengan Zeolite. Azomite ialah mineral semulajadi dimana mempunyai 70 mineral aktif semulajadi dan mineral tambahan. Terjadi dari letusan gunung berapi dan 100% asli tanpa bahan pengawet. Lebih dari 60 tahun dahulu, penggunaan mineral ini telah digunakan untuk meningkatkan penghasilan ternakan dan tanaman di Lembah Utah, Amerika Syarikat.Ramai di antara kita tidak mengetahui tentang penggunaan Azomite dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan sedangkan di luar negara telah digunakan secara meluas dan telah berpuluh-puluh tahun. Azomite adalah satu bahan mineral pelengkap kepada sektor pertanian. Lebih lanjut sila layari http://www.azomite.com/ . Penggunaan Azomite boleh digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian,penternakan dan perikanan anda. 

Nama :AZOMITE
Info :
Kaya dengan mineral dan hanya didapati di pergunungan Utah, USA. 100% tulen tanpa bahan tambahan. Amat baik untuk tanaman dan ternakan dan digunakan untuk melengkapi mineral keperluan tanaman / ternakan. Meningkatkan daya imun tanaman / ternakan terhadap penyakit.Produk ini luas digunakan oleh negara-negara maju. Terbukti amat berkesan dan banyak testimonial pengguna. http://www.azomite.com Harga lingkunganRM8.00/kg @  1 bag rm140/20kg.


Isnin, 22 Disember 2014

PENCANTASAN POHON FIG SATU KEPERLUAN.

Perkongsian dari page FIG MALAYSIA  : Hari ini dilakukan pencatasan terhadap dahan dahan rimbunan,kecil terutama ditengah tengah pohon yg mana ia merupakan satu process untuk menggalakan penumbuhan batang induk dan batang besar yg lain yg bakal mengeluarkan buah,ini adalah untuk mengelakkan dahan kecil itu turut mengambil nutrient serta makanan yg diperlukan untuk pembentukan buah,Dengan melakukan ini dahan dahan utama mendapat lebih nutri untuk terus membesar dan berbuah,dan pohon ini akan mempunyai lebih ruang untuk membesar serta mampu meraih pancaran matahari lebih berkesan untuk tumbesaran buah dan berkualiti tinggi,serta kebun kelihatan rapi dan mudah untuk mengawasi process pembuahan.




Gambar dari kebun Dato Syed Elias.

Ahad, 14 Disember 2014

PENGUNJUNG AMANDA PUTRI'S FIG GARDEN BULAN DISEMBER 2014


En. Osman Hashim dan isterinya dari Taman Bukit Chedang, Seremban. Semoga pokok hidup subur dan berbuah lebat.



Terima kasih En. Ahmad Ibrahim serta keluarga juga Muhammad Khairul Azim (tiada dlm gambar, wakil) dari Gemas Negeri 9.Semoga semua pokok2 tin hidup subur dan lebat berbuah. aamin.

Cik Muzalifah bt Mohammad Noor dari Batu Kikir N 9. Merupakan kunjungan kedua. Khabarnya pokok yg ditanam sebelum ni hidup subur. Alhamdulillah.


                            En. Supian Bandar Rinching ambil buah yg dah dibooking awal. Tq.


11.12.2014 Tetamu hari ni dari Muar, En. Hassan b Ahmad bersama isteri Pn. Mumtazah bt Subar dan anaknya.Terima kasih sudi singgah. Alhamdulillah.


Terima kasih jiran se Bandar Bukit Mahkota Kak Misah sudi singgah laman kocek den ni ha. Semoga semua pokok tin akak hidup subur dan berbuah lebat ye.Aamiin.


Terima kash juga pada Dr. Laang Shian Tuck dan isterinya dari Sitiawan, Perak. Jauh tu ...terima kasih sudi singgah laman kami. Semoga semuanya subur dan Terima kasih Puan Poziah bte Ab. Jalil dan suami dari Seremban. Merupakan rakan sekolah Fig Mania. Baru nak mencuba berjinak-jinak dengan pokok tin ni. Nampaknya virus fig semakin menular....semoga berjaya dengan percubaan pertama ni..berbuah lebat ye.


Terima kasih Puan Poziah bte Ab. Jalil dan suami dari Seremban. Merupakan rakan sekolah Fig Mania. Baru nak mencuba berjinak-jinak dengan pokok tin ni. Nampaknya virus fig semakin menular....semoga berjaya dengan percubaan pertama ni..

En. Rosman b. Samsi dan isteri dari Klang. Terima kasih sudi singgah. Semoga semua pokok tin hidup subur dan berbuah lebat.Aamiin.


Selasa, 9 Disember 2014

KHASIAT BUAH TIN

Khasiat Buah Tin
~ Mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan dengan perut
~ Membantu membersihkan racun dalam tubuh
~ Mencegahan penyakit jantung.
~ Sesuai untuk penderita kencing manis.
~ Membantu memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia.
~ Mengatasi penyakit buasir
~ Mengatasi sakit-sakit atau bengkak badan
~ Mengatasi batuk yang berpanjangan
~ Melawas kencing, menyah toksik, dan membersihkan lendir pada usus
~ Melicinkan tekak dan dada
~ Mencuci hati dan jantung
~ Membersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus
~ Membantu mengawal berat badan