Asalamualaikum. Apa khabar semua. Lama dah tak menjenguk Laman Bukit Mahkota nie. Hari ni pusing-pusng Laman Mahkota, mata tertumpu pada buah ni yang sudah merah tapi masih keras lagi nie. Nona-nona zaman sekarang...tak boleh ditegur dan tak boleh dilarang....tu lagu lamakan. Tapi yang ni bukan Si Nona tapi buah Nona yang manis dan sedap dimakan. Ni nona kampung tapi hidup subur di Bandar Bukit Mahkota....duduknye pun di belakang rumah je...bukan tanam pun, tumbuh sendiri daripada biji benih nona yang dimakan dari kampung.
Pokoknya pun kecil je. Inilah pokok nona yang halus ni. Tapi buahnya boleh tahan besar juga.
Masih belum masak lagi. Harap-harap dapat makan sebab banyak tupai sedang mengendap.
KHASIAT NONA
Ronda-ronda di alam maya mencari khasiat nona ni terjenguk di Laman Seri. Buah Nona di katakan rendah lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada gula, tinggi potassium, tinggi vitamin B6 dan amat tinggi vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Buah nona menganduni bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.
Ði India, buah nona dikatakan hanya dimakan oleh kelas
bawahan manakala di Amerika Tengah, Mexico dan Hindia Barat, buah nona adalah
buah yang paling digemari untuk dimakan. Apabila buah ini masak sepenuhnya, ia
amat lembut untuk dipegang dan batang dan juga bahagian dalamnya lebih mudah
dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencedoknya dengan sudu, seperti
mana kita memakan buah avokado dan kiwi. Selalunya isi buahnya dihancurkan dan
ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim.
❀ Legakan diarrea dan disentri
Selain itu, setiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan
boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dikatakan boleh
digunakan sebagai ubat untuk menghapuskan cacing terutamanya yang terdapat di
dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh digunakan sebagai
ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan
penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit,
radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk
dan selesema.
Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin,
jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri.
Kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen
dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat
untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit
kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah
air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang
teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama
lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat.
Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat
tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun
pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan
dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Walau bagaimanapun, bijinya
mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.
Singgah pula di blog Iztic., terjumpalah beberapa khasiat nona ni. Jom kita baca:
Kegunaan tanaman obat nona
- Biji
Kutu kepala (obat luar).
- Biji
Kutu kepala (obat luar).
- Daun:
1.Sariawan.
2.Obat cacing.
1.Sariawan.
2.Obat cacing.
- Buah muda:
1.Disentri.
2.Mencret.
3.Obat cacing.
1.Disentri.
2.Mencret.
3.Obat cacing.
Ramuan dan takaran sebagai penyembuhan penyakit di masyarakat Indonesia
Obat Cacing
Ramuan:
Daun Buah Nona segar 4 gram
Air 110 ml
Cara pembuatan:
Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian:
Diminum sehari 1 kali 100 ml.
Lama pengobatan:
Diulang selama 4 hari.
Obat Cacing
Ramuan:
Daun Buah Nona segar 4 gram
Air 110 ml
Cara pembuatan:
Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian:
Diminum sehari 1 kali 100 ml.
Lama pengobatan:
Diulang selama 4 hari.
Sariawan
Ramuan:
Daun Buah Nona segar 4 gram
Daun Sirih segar 3 helai
Daun Saga 4 gram
Air 110 ml
Serbuk gips (ditambahkan setelah ramuan dingin) 6 gram
Cara pembuatan:
Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian:
Diminum 1 kali sehari 100 ml.
Lama pengobatan:
Diulang selama 7 hari.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kemudaratan akibat penggunaannya
Ramuan:
Daun Buah Nona segar 4 gram
Daun Sirih segar 3 helai
Daun Saga 4 gram
Air 110 ml
Serbuk gips (ditambahkan setelah ramuan dingin) 6 gram
Cara pembuatan:
Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian:
Diminum 1 kali sehari 100 ml.
Lama pengobatan:
Diulang selama 7 hari.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kemudaratan akibat penggunaannya