Jumaat, 23 Disember 2011

Halaman dalam proses penjagaan

Alhamdulillah akhirnya selesai juga penanaman rumput mutiara ni walaupun dalam hujan dan lecak.  Cuma menurut penanam rumput ini tidak boleh dipijak selama 1 bulan.   Cuba jugalah mengelak dan melarang anak-anak memijak rumput nie.   Jom tengok rupanya…
IMG_5866

IMG_5867

IMG_5868

IMG_5870

IMG_5869

Sekarang proses menunggu pertumbuhannya dan juga penjagaan dari segi penyiraman dan mencabut rumput2 liar.  Menurut tukang tanam rumput nie mereka akan menjaganya selama sebulan.  Jika ada rumput mati akan ditukar dan sekiranya rumput liar tumbuh akan dicabut.  Begitulah kata-katanya.  Kita tunggu selanjutnya ye lepas sebulan nanti…..

Rabu, 21 Disember 2011

Baik pulih halaman

Sebelum ni halaman rumah ditanam dengan rumput karpet.  Tapi pertumbuhannya tidak sekata dan nampak kurang kemas, jadi kami ambil keputusan untuk menukar rumput karpet ke rumput mutiara yang rasanya lebih sesuai dengan halaman rumah kami dan tuannya yang malas nak kemaskan nie.  Beginilah proses membuang rumput-rumput tu….

IMG_5694

IMG_5697

IMG_5698

IMG_5699

IMG_5702


IMG_5703

IMG_5704

IMG_5705

IMG_5706

IMG_5714

IMG_5715

Masalahnya sekarang ni musim hujan tak taulah macam mana proses seterusnya nie nanti. Tunggu……..

Isnin, 19 Disember 2011

Pengunjung Laman Anggur Bukit Mahkota.

IMG_5684

IMG_5685

En. Khairi dan rakannya dari Jabatan Penjara Melaka berminat membeli 10 batang benih-benih anggur dari jenis IAC, Isabella dan muskat. Terima kasih.

Rabu, 14 Disember 2011

Benih-benih anggur IAC sedia dijual.

Kepada peminat tanaman yang tercari-cari benih anggur, boleh dapatkan di kediaman kami di Bukit Mahkota.
IMAG0868IMAG0871
IMAG0874IMAG0878
Jika berminat sila sms  segera sertakan nama dan tempat untuk makluman kami. Insyallah akan disimpankan. Terima kasih.

Ladang Anggur Kak Siti Saloma

Ahad 11 Disember, 2011 bersamaan 16 Muharram 1433, dari Ipoh kami ke Lumut. Dalam perjalanan kami singgah ke Ladang Anggur milik Pn. Siti Saloma (kak CT).  Anggur IAC sedang berbuah lebat dan dah mula manis…itu tandanya hampir masaklah tu…..Jom kita pi tinjau ladang kak CT……
IMG_5372IMG_5373
Gambar kiri tu buah yang dipetik untuk kami rasa…..dah manis dah tu….sedap….Kak CT ni memang kenalan kami..lama dah kami kenal sebab sama-sama peminat pepohon anggur.  Tapi kak CT ni memang rajin begitu juga dengan suaminya En. Suhaimi, berkat ketekunannya inilah terhasil sebuah ladang anggur yang bukan setakat menghasilkan benih tapi juga menghasilkan buah anggur untuk dijual.  Jika teringin sangat makan buah-buah anggur di ladang Kak CT ni cuba datang bulan tiga nanti sebab sekarang pepohon anggurnya yang terdiri dari aneka jenis sedang berbunga dengan lebat.  Geram kami menyaksikannya….Tak percaya ke????Jom tengok gambar2 di bawah nie…..pasti teruja……
IMG_5374IMG_5377IMG_5381IMG_5383IMG_5384IMG_5387IMG_5389
IMG_5388
Bermacam-macam jenis anggur sedang berbunga lebat…..
IMG_5393IMG_5399
Bersama kak Siti Saloma (tudung hitam putih)
IMG_5397IMG_5400IMG_5401
Anggur sedang berbuah lebat..tunggu masa nak petik……
Kepada peminat-peminat anggur kalau menuju ke Lumut (tahun depan tahun melawat Lumut yer) singgahlah ladang kak Siti Saloma nie…pasti tidak mengecewakan….