Rabu, 29 Disember 2010
Epal Bukit Mahkota
Buah Epal Bukit Mahkota Vs Imported Royal Gala - Hasil pertama dari pokok epal sendiri..buahnya kecil tapi memberi kepuasan yg tinggi..
Ahad, 26 Disember 2010
Isnin, 20 Disember 2010
Bunga Harum
Pokok Tenggek burung
Gambar atas: Pokok tenggek burung
Gambar bawah: Pucuk tenggek burung
Kak Mai suka buat ulam pucuknya. Banyak khasiatnya. Salah-satunya amat baik untuk pengidap kencing manis. Pucuk ni boleh didapati di pasar tani. Arwah bapa kak Mai memang suka makan pucuk ini. Tapi bapa cari sendiri….selalunya tumbuh liar di tebing-tebing sungai. Di kampung kak Mai tumbuh meliar di sawah padi. Tapi sekarang tak jumpa dah sebab dah dijadikan taman perumahan…..Sebab tu kak Mai tanam juga di rumah kak Mai. Tak perlu nak cari di pasar tani.
Kiwi
Poko kiwi ni hadiah daripada rakan Taman Flora. Susah nak naikkan pokok ni. Dalam proses penjagaan ni…..
Buluh
Cendawan
Cendawan ni tumbuh di pasu pokok kiwi. Kak Mai tak berani nak makan sebab takut beracun…tapi rupanya macam sedap jer untuk dimakan…….
Pokok misai kucing
Herba yang mudah ditanam dan banyak kegunaannya.
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Kegunaan:
Khamis, 16 Disember 2010
Bunga anggur IAC…
Selepas pemangkasan selama dua minggu, bunga-bunga anggur INSYALLAH akan keluar seperti di bawah.
Selepas 120 hari buah-buah anggur telah pun matang dan bolehlah dituai.
Tebu
Selasa, 14 Disember 2010
Lawatan ke ladang anggur Kak Siti
Dalam perjalanan pulang dari Penang, kami singgah sebentar di ladang anggur kepunyaan kawan abang. Seronok melihat ladangnya. Pokok-pokok anggurnya hidup subur dengan buahnya yg lebat. Sekarang beliau suami isteri telah membeli sebidang tanah untuk mengembangkan lagi projek penanaman anggurnya. Semoga kak Saloma dan suaminya berjaya dengan cita-cita beliau….amin…
Langgan:
Catatan (Atom)