Sabtu, 27 November 2010

Anggur di KHM Cameron Highland (Nov 2010)

             Dalam perjalan pulang dari Kota Bharu, kami sempat singgah sebentar di Cameron Highland.  Singgah untuk makan ice-cream di KHM.  Biasalah ini ialah tempat persinggahan tetap kami jika berkunjung ke sini.  Selain melihat strawberry kami sentiasa mengikut perkembangan pokok-pokok anggur yang ada di sana.  Memang cantik,  sekarang sedang berbuah lebat seperti di dalam gambar di bawah.   Anggur Isabella ni memang cantik di sini  buah dan tongkolnya lebat.  Namun rasanya masam.  Apa-apa pun tetap kagum dengan keindahannya. Cameron Highland 26.11.2010 098Cameron Highland 26.11.2010 099 Cameron Highland 26.11.2010 100 Cameron Highland 26.11.2010 101 Cameron Highland 26.11.2010 102 Cameron Highland 26.11.2010 104 Cameron Highland 26.11.2010 105 Cameron Highland 26.11.2010 112 Cameron Highland 26.11.2010 113 Cameron Highland 26.11.2010 114 Cameron Highland 26.11.2010 155Cameron Highland 26.11.2010 111

Selasa, 23 November 2010

Isabella di Cameron Highland.

IMG_0800
Cameron Highland 26.11.2010 063

Pemangkasan(Prunning) pokok anggur.

IMG_7630
Sebelum dipangkas.
IMG_7631
Dalam proses pemangkasan.
IMG_7660
Dalam proses pemangkasan.
IMG_7661 Selepas pemangkasan
Pokok anggur akan mengeluarkan pucuk baru dan INSYALLAH akan mengeluarkan bunga selepas dua minggu pemangkasan.  Dan dalam masa 120 hari buah-buah anggur boleh dituai.

Ahad, 7 November 2010

Mulberry

 216180183IMG_1664181    186  182

Daun Mulberry ialah makanan untuk ulat sutera.  Arnab belaan kami turut gemar memakan daun mulberry  ini.  Pucuk mudanya boleh dijadikan ulam dan amat berguna bagi pengidap kencing manis.  Buah mudanya berwarna hijau dan bertukar kepada merah dan matang bila berwarna hitam.  Buahnya sedap dimakan begitu sahaja dan rasanya manis.  Atau buah yang separuh masak (merah) dipetik dan dicelup coklat “mulberry coklat”.  Anak-anak kak Mai memang gemarkan Mulberry celup coklat ni.