Ahad, 19 September 2010

ANGGUR MUSCAT HAMBURG

 


Benih anggur ni telah dihadiakan oleh seorang rakan yang dibawa dari Itali.   Anggur ni memang cantik untuk dijadikan hiasan....Bila masak buahnye berwarna hitam....memang cantik. Buahnya akan berubah warna, daripada hijau ke merah dan seterusnya berwarna hitam. Rasanya manis. Dari mula berbunga kena tungga selama 120 hari baru boleh dipetik...

ANGGUR IAC

Khamis, 2010 Julai 22


Anggur ni pula memang rajin berbuah. Sekali berbuah bertongkol-tongkol dan lebat buahnye....Buahnye berwarna hijau dan bila masak berubah sedikit kekuningan.. Rasanya memang manis. Anggur di Laman kami ni memang susah nak dapat makan betul-betul masak. Mulanya kami ingat Sang burung saja yang suka..rupa-rupanya selain sang burung...Sang tupai pun suka menjamu selera dengan anggur ni...Baru-baru ni memang berbuah lebat...kami balutlah dengan plastik dan diikat dengan kemas...tapi kedua-dua haiwan ni memang cerdik selamat juga dimakannya ...Sekarang ni kami biarkan jelah...mungkin rezeki haiwan-haiwan tu....Kami suka tengok keindahan alam semulajadi...memang indah, tenang dan lega rasa bila mendengar kicauan burung kekadang bermain-main di halaman rumah kami dan Sang Tupai berkejar-kejar sambil mencuri-curi makan buah anggur di Laman kami.